Malaysia Perlu Sedia Hadapi Cabaran Baharu Geopolitik – Najib

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Malaysia memantau secara rapi perkembangan geopolitik yang berlaku di seluruh dunia bagi membolehkan sebarang langkah dan keputusan yang diambil menepati kepentingan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau merujuk krisis di Negara-Negara Teluk, ancaman ujian peluru berpandu balistik Korea Utara dan keputusan pilihan raya United Kingdom hari ini, yang membawa kepada Parlimen Britain tergantung, sebagai antara ketidaktentuan geopolitik yang menarik perhatian dunia.