Keamanan Negara Hasil Pengorbanan Pasukan Keselamatan – Najib Razak

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keamanan negara tidak mungkin mampu dicapai tanpa adanya langkah pencegahan awal dan pengorbanan pasukan keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata jasa mereka membolehkan rakyat Malaysia menikmati kehidupan harian tanpa perasaan bimbang san ia terbukti apabila negara tersenarai dalam kedudukan ke-30 daripada 163 negara paling aman berdasarkan Indeks Keamanan Dunia.