Jika Ada Bukti Kukuh, Mengapa DOJ Tidak Dakwa Individu Terbabit ? – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menasihatkan Deparment Of Justice (DOJ) Amerika Syarikat untuk segera mendakwa semua individu-individu yang disenaraikan mereka sebagai terlibat dengan isu 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) dan jangan hanya membuat kenyataan demi kenyataan tanpa sebarang tindakan.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, sekiranya DOJ mendakwa individu-individu yang mereka kaitkan dengan isu penyelewengan 1MDB itu, maka individu-individu terbabit mempunyai peluang untuk mempertahankan diri mereka dan membersihkan nama masing-masing di dalam perbicaraan.