Hampir 30 IPT Awam, Swasta Bakal Sertai Persidangan Parlimen Mahasiswa 2017

Program Persidangan Parlimen Mahasiswa 2017 akan dilaksanakan pada 14 hingga 20 Julai ini di Parlimen Malaysia, bertujuan mewujudkan platform bagi mahasiswa sebagai generasi pemimpin pelapis di masa hadapan yang berdisiplin dan menghormati Perlembagaan Malaysia.