AKULN Desak KKM Kaji Semula Keputusan Kelonggaran Bahasa Melayu

Pertubuhan Alumni Kelab UMNO Luar Negara (AKULN) hari ini menggesa agar Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) mengkaji semula keputusan untuk memberi kelonggaran kelulusan Bahasa Melayu (BM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada graduan perubatan untuk lantikan Pegawai Perubatan UD41 secara kontrak.

Jelas Pengerusinya,Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan, keputusan KKM ini akan melemahkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini malah ia akan menimbulkan perspektif negatif kepada masyarakat terutamanya golongan muda dan graduan luar negara yang akan beranggapan ‘ok’ sekiranya mereka tidak pandai berbahasa melayu.