Ahli UMNO Diingat Tidak Ulangi Kesilapan Yang Boleh Wujudkan Krisis Dalaman Parti – Hishammuddin

Ahli UMNO diingatkan tidak mengulangi kesilapan yang boleh menimbulkan krisis dalam parti seperti dua tahun lalu.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata peristiwa di mana beberapa pemimpin dan anggota UMNO dipecat dan keluar daripada parti perlu menjadi iktibar kepada semua anggota parti keramat itu.