Panduan Mengisi Borang Permohonan Mendaftar Sebagai Ahli

UMNO mengalu – alukan permohonan Tuan / Puan / Saudara / Saudari untuk menjadi ahli UMNO

  • Pemohon hendaklah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas.
  • Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap butir – butir yang diperlukan di dalam perenggan A, B, C dan D.
  • Setiap permohonan hendaklah disokong oleh seorang pencadang dari ahli biasa, ahli wanita, ahli pemuda atau ahli puteri daripada Cawangan di mana pemohon ingin menjadi ahli. (Sila rujuk perenggan E)
  • Setiap permohonan mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan atau Dokumen Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Setiap permohonan mesti disertakan dengan wang tunai sebanyak RM 2.00 sebagai yuran seumur hidup.
  • Borang permohonan yang dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Cawangan di mana Cawangan pemohon ingin menjadi ahli.
  • Setelah Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri menandatangani penerimaannya serta menurunkan cop dalam perenggan F, pemohon hendaklah membuat salinan untuk disimpan sebagai rujukan.
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Cawangan dalam masa satu bulan dari tarikh penyerahan permohonannya samaada permohonan itu diterima atau ditolak.
  • Jika pemohon tidak didaftar sebagai ahli dalam masa satu bulan, pemohon bolehlah melaporkan hal itu kepada Jawatankuasa Bahagian.
  • Jika pemohon tidak juga didaftar sebagai ahli satu bulan selepas melaporkan kepada Jawatankuasa Bahagian, Pemohon bolehlah melapor kepada MAJLIS TERTINGGI dengan mengemukakan bersama salinan pemohon atau menghubungi ditalian Tel. : 03 – 40429511 samb. 2738, 2740, 2742, 2744. Faks. : 03 – 40411626.
  • MAJLIS TERTINGGI berhak membuat apa – apa keputusan atas mana – mana permohonan pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran itu dan keputusan itu adalah muktamad.