PKPB Di Lima Negeri Dan Wilayah Persekutuan K.Lumpur Kekal, Rentas Negeri Masih Dilarang

KUALA LUMPUR, 30 Mac  – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  disambung dua minggu lagi, manakala rentas negeri masih tidak dibenarkan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengekalan status berkenaan di Sarawak bermula  30 Mac hingga 12 April manakala di lima negeri lagi  bermula Khamis […]

» Read more

Lebih 129,000 Orang Telah Lengkapkan Dua Dos Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR, 29 Mac  – Seramai 129,110 individu dalam negara telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, 28 Mac. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 451,655 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 580,765. Menerusi satu infografik yang […]

» Read more

UMNO Johor Mohon Kuasa Autonomi, Pembahagian Kerusi Tanpa Ikut Kuota

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Ir Hasni Mohammad meminta agar pusat membenarkan Johor diberikan kuasa autonomi dalam menentukan strategi politik sama seperti yang dipohon oleh Pahang. Katanya, ini bagi memastikan mereka dapat merangka strategik agar parti mampu memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang termasuk di kawasan pemimpin tertinggi kerajaan. “Datuk Seri Presiden… […]

» Read more

Cubaan Permainan Kotor Gagal Pikat Ahli Parlimen Cameron Highland – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendedahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pernah cuba memberikan tawaran kepada Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor untuk keluar daripada UMNO. Wan Rosdy berkata, beliau mempunyai bukti kukuh bahawa parti itu telah memujuk Ramli untuk menyertai mereka, namun usaha tersebut tidak berhasil. “Mereka […]

» Read more

UMNO Perlu Kekalkan Prestasi Terbaik Tawan Hati Rakyat – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Perhubungan UMNO Negeri Pahang menyedari bahawa antara resepi kejayaan sesebuah organisasi politik ialah dengan memberikan keutamaan kepada rakyat Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ini kerana setiap tindak tanduk dan prestasi sentiasa dinilai oleh rakyat. “Sebab itulah, kami sentiasa berusaha memastikan, setiap kelompok rakyat sentiasa didampingi, serta mendapat pembelaan yang sewajarnya. “Ini termasuklah, […]

» Read more

Pemuda Sokong Penuh Keputusan MKT, Tubuh Pasukan Khas Pemuda Perkasakan Tawaran Baharu

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Pemuda UMNO hari ini menyokong sepenuhnya keputusan dan pendirian yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi parti (MKT) sebelum ini berhubung hubungan parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata secara umumnya rata-rata perbahasan oleh jurucakap pemuda negeri menjurus kepada perkara berkenaan sekaligus menjelaskan segala-galanya bahawa pergerakan itu seiring […]

» Read more

Perkasakan Parti, ‘No Anwar No Dap’, Ahli Parti Ada Peranan Tersendiri

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Wakil Pemuda UMNO Pahang, Fazli Mohamad Kamal menegaskan dalam usaha parti memperkasakan langkah sendiri, pergerakan negeri itu turut melahirkan pandangan bahawa Muafakat Nasional perlu dipertahankan dan pada masa yang sama parti perlu menolak Dap dan PKR. Berucap pada perbahasan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO, beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang berkata atas nama perpaduan […]

» Read more

Ucapan Dasar Ketua Puteri UMNO Perhimpunan Agung UMNO 2020

UCAPAN DASAR KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PUTERI UMNO 2020 ******************************* BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM W.B.T YBhg. Saudari Nur Ain Bt A. Rahman – Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YBhg. Saudari Salbiah Bt Saari – Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob – Wakil Naib Presiden UMNO Malaysia Wakil-wakil Ahli Majlis Tertinggi […]

» Read more

Lebih 74,000 Individu Lengkapkan Dua Dos Suntikan Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Seramai 74,289 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 436,687 individu telah menerima dos pertama, dengan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini adalah 510,976. Menerusi satu infografik […]

» Read more
1 178 179 180 181 182 276