Raja-Raja Melayu Sokong Parlimen Bersidang Secepat Mungkin

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Raja-Raja Melayu yang menghadiri perjumpaan di Istana Negara hari ini menyokong dan senada dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar Parlimen segera bersidang. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata di peringkat negeri pula, Raja-Raja Pemerintah turut berpendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat […]

» Read more

PKPD Di Beberapa Lokaliti Di Sarawak, Sabah Mulai Khamis Hingga 30 Jun

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Dua perkampungan di Sarawak dan beberapa lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Khamis ini hingga 30 Jun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata di Sarawak, kawasan dikenakan PKPD ialah Kampung Goebilt dan Kampung Muara Tebas di Kuching, yang masing-masing merekodkan 24 dan 22 kes positif […]

» Read more

Beberapa Lokaliti Di Johor, Sarawak Dan Sabah Dikenakan PKPD – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 14 Jun  — Beberapa lokaliti di Johor, Sabah dan Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini hingga 29 Jun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata di Johor, kawasan yang dikenakan PKPD ialah asrama pekerja warga asing, Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak, selepas 128 individu disahkan positif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi hasil saringan […]

» Read more

Isu Tasik Chini :  Tidak wajar Untuk Mendakwa Kerajaan Negeri  Mungkir Janji – Farid

KUALA LUMPUR, 14 Jun –  Isu aktiviti perlombongan di sekitar Tasik Chini  begitu hangat diperkatakan sehinggakan berita yang berbentuk positif seperti pertambahan pusat vaksin di Negeri Pahang, kenaikkan jumlah penduduk yang telah mendaftar untuk divaksin dan bantuan-bantuan kerajaan negeri kepada pelbagai golongan yang terjejas akibat pandemik melayang di bawa angin lalu. Begitu juga kejayaan rakyat negeri ini memerangi penularan covid […]

» Read more

Komited Pulih Tasik Chini – Sharkar Shamsudin

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata pada 13 Mac 2019, Kerajaan Negeri Pahang bersetuju mewartakan Taman Negeri Tasik Chini seluas 4,600 hektar sebagai Hutan Simpan Chini bagi memastikan kawasan hutan itu dipelihara dan diuruskan dengan baik selari dengan Dasar Perhutanan Negara. Katanya, bagi memastikan kelestarian alam […]

» Read more

PKPD Dilaksana Di Sembilan Lokaliti Termasuk Tujuh Di Sabah Mulai Isnin Ini – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Sebanyak tujuh lokaliti di Sabah serta masing-masing satu lokaliti di Negeri Sembilan dan Pahang, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Isnin (14 Jun) hingga 27 Jun ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Indah di Nabawan; Kampung Manggis, Kuala Penyu; Taman Kinabutan Ria […]

» Read more

Stesen Bersepadu ECRL-KTM Pemangkin Pembangunan Masa Depan Temerloh – Mohd Sharkar

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mengharapkan Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) akan memberikan impak yang besar buat ekonomi negeri khususnya buat kawasan-kawasan sekitar. Katanya, laluan ECRL dari Kuala Lumpur menuju Kelantan menerusi Pahang dan Terengganu bakal membuka lembaran baharu dari segi kemajuan pengangkutan awam sekali […]

» Read more

PKPD Di Beberapa Lokaliti Di Lima Negeri – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Pahang, Johor, Sabah, Sarawak dan Terengganu selama dua minggu bermula Sabtu ini bagi membendung penularan COVID-19 di lokaliti berkenaan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu melibatkan tiga taman perumahan di Temerloh, Pahang iaitu Taman Temerloh Jaya, […]

» Read more

Pastikan ‘Total Lock Down’ Menyeluruh, Penglibatan Semua Pihak Kekang Pandemik – Sharkar

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata memerangi COVID-19 adalah tindakan yang perlu dilibatkan semua rakyat Malaysia dengan sekatan pergerakan yang dilaksanakan pada masa ini menjadi medan peperangan yang sangat penting. Menurut beliau Putrajaya perlu memastikan bahawa pelaksanaan ‘total lockdown’ pada ketika ini perlu menyeluruh demi memastikan dalam tempoh 14 hari […]

» Read more
1 173 174 175 176 177 279