Perak Sedia Hulur Bantuan Kepada Negeri Terjejas – MB

LARUT, 19 Dis – Perak bersedia menawarkan bantuan kepada negeri jiran seperti Selangor dan Pahang yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda ketika ini. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak Khairul Ridzuan Mat Said mengenai bentuk bantuan yang […]

» Read more

Bantu Banjir: BN Arah Semua Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Negeri Buka Bilik Gerakan

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Bencana banjir telah berlaku di beberapa kawasan di Lembah Klang dan Selangor selain Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan serta Perak sejak dua hari lalu. Sehubungan itu, Barisan Nasional (BN) telah mengarahkan untuk semua Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Negeri-Negeri membuka Bilik Gerakan bagi membantu dengan segera mangsa-mangsa banjir yang kini menghadapi kesulitan. Demikian maklum […]

» Read more

Misi Bantuan Banjir, Southern Volunteers Turun Padang Demi Khidmat Kepada Rakyat

JOHOR BAHRU, 19 Dis – Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari telah mengakibatkan beberapa kawasan seluruh negara dinaiki air dan walaupun ada kawasan-kawasan yang telah surut namun kesan bencana terbabit memberi kesan kepada rakyat. Sehubungan itu, Southern Volunteers telah siap sedia menggerakkan misi membantu mangsa-mangsa banjir khususnya bagi usaha membantu, membersih dan pengagihan sumbangan barangan keperluan. Pengerusinya, Datuk Onn […]

» Read more

Hampir 5,000 Anggota JBPM Diatur Gerak Bagi Membantu Mangsa Banjir Di Enam Negeri

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Seramai 4,819 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk Pasukan Bomba Bantuan telah diatur gerak bagi membantu kerja-kerja menyelamat dan memindahkah mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam negeri yang terjejas banjir, susulan hujan lebat yang berterusan sejak Jumaat. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi kenyataan di […]

» Read more

Zahid Ucap Tahniah Pada GPS, Menang Besar PRN Sarawak

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) di atas kejayaan besar menguasai 76 DUN dari 82 yang dipertandingkan dalam PRN Sarawak ke-12 iaitu peningkatan sebanyak 4 kerusi dari 72 kerusi yang dimenangi semasa PRN ke-11. Katanya, selepas kemenangan besar […]

» Read more

Banjir: Keutamaan Kerajaan Selamatkan Nyawa Rakyat – PM

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Keutamaan kerajaan kini ialah memindahkan mangsa banjir yang terperangkap demi menyelamatkan nyawa mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob. Beliau berkata selain itu kerajaan juga akan memastikan bekalan makanan disediakan untuk mangsa-mangsa banjir terutama di sekitar Lembah Klang, yang paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini. “Kita tidak boleh tunggu lagi, (bantuan […]

» Read more

Semoga Mangsa Banjir Selamat, Dipermudahkan Urusan – Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Hujan lebat yang berterusan sejak semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan seluruh negara sedang dinaiki air. Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendoakan semoga kesemua mangsa terlibat kejadian banjir berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan segala urusan. “Para para petugas membantu mangsa banjir sentiasalah berhati-hati dan sentiasa memastikan keselamatan diri. “Semoga kejadian […]

» Read more

UMNO Negeri Sokong Penuh Ismail Sabri Sebagai PM Hingga Habis Penggal

KUALA LUMPUR, 18 Dis – UMNO negeri-negeri hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sehinggalah tamat tempoh penggal ke-14 Parlimen. Sokongan itu dizahirkan menerusi usul yang dibawa oleh beberapa bahagian pada mesyuarat perwakilan yang diadakan di seluruh negara hari ini. Di SELANGOR, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Tan Sri Noh Omar berkata […]

» Read more
1 161 162 163 164 165 274