KOMPLEKS BANGUNAN UMNO

MENARA DATO’ ONN

Keperluan mengadakan sebuah bangunan sendiri yang lebih besar dan lengkap sudah lama disedari oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti. Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang  diadakan  di Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Januari 1971 setelah kegiatan politik dipulihkan, soal bangunan ditimbulkan kembali sebuah bangunan baru dengan dewan yang cukup besar difikirkan perlu untuk menampung perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun lebih-lebih lagi dewan-dewan yang ada di sekitar Ibu Kota tidak dapat memuatkan ahli-ahli perwakilan yang semakin bertambah, dan dewan-dewan ini pula terpaksa disewa dengan bayaran yang mahal.

Dalam Perhimpunan Agung tersebut, Tun Abdul Razak yang selaku Presiden UMNO yang baru, berjanji untuk berusaha melancarkan satu projek bangunan, yang sudah menjadi kenyataan sebuah kompleks yang tersegam indah terletak di lokasi yang amat strategic di Kuala Lumpur.

Dalam tahun-tahun 1971-1975 Datuk Haji Harun Idris mengetuai Jawatankuasa Bangunan UMNO Malaysia. Usaha-usaha dijalankan untuk mendapat sebidang tanah untuk mendirikan bangunan tersebut. Akhirnya tanah seluas 10 ekar di Jalan Tun Dr. Ismail telah dapat dibeli dengan harga $7.60 sekaki persegi. Pembelian ini kerana Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail berpendapat adalah tidak wajar UMNO mengambil tanah kerajaan secara percuma untuk kegunaan parti.

Dalam tahun 1976, apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Abdul Razak yang meninggal dunia pada tahun itu, Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bangunan UMNO.

Usaha-usaha menyiapkan rekabentuk Kompleks Ibu Pejabat UMNO dilaksanakan oleh Jawatankuasa ini sehingga suatu rekabentuk yang melambangkan identiti dan imej pembinaan di Malaysia dengan menggabungkan ciri-ciri senibina Islam dan Kebudayaan Melayu yang telah diterima oleh Majlis Tertinggi UMNO dalam tahun 1980.

Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Timbalan Presiden UMNO telah dilantik sebagai Pengerusi Tabung Bagunan UMNO dengan bertanggungjawab mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai pembinaan kompleks ini.

Satu rancangan untuk menutip derma daripada ahli-ahli UMNO di seluruh tanahair juga dilancarkan di samping pungutan derma dari orang ramai. Usaha-usaha ini mendapat hasil yang amat menggalakkan

Untuk memastikan projek Kompleks UMNO dilaksanakan dengan sempurna, UMNO telah melantik sebuah anak syarikat Khidmat Bersatu Sdn. Bhd. yang sebelum ini dikenali dengan Malay Oil Sdn. Bhd. untuk mengurus dan menyelia perjalanan projek tersebut.

Setelah sepuluh tahun berusaha mencari tanah, mengumpul wang dan mengukuhkan asas-asas pembiayannya, pada 25hb. Jun 1981, bersamaan 22hb. Syaaban 1401 pelancaran rasmi projek dan perletakan batu asas telah selamat dilakukan oleh Tun Hussein Onn, Presiden UMNO ketika itu.

3D International bertindak sebagai perunding utama berdasarkan perjanjian yang ditandatangani dengan Khidmat Bersatu Sdn. Bhd. bertarikh 15hb. Mei 1983.

Kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan ialah Tetuan Takenaka Kumagai & Shimizu joint-Venture dengan dibantu oleh pihak-pihak konsultan seperti Tetuan Kumpulan Arkitek, Tetuan Ikatan International, Tetuan Arup Juru Runding dan Tetuan Kumarasivam Tan & Ariffin, di samping beberapa ‘sub-contractor’ yang lain.

Proses pembinaan terbahagi kepada beberapa bahagian pengendalian kerja. Pada amnya proses pembinaan berjalan lancer dan teratur. Perunding utama projek, Tetuan 3D/ International Cons. Inc member jaminan bahawa pembinaan kompleks ini akan dapat disiapkan mengikut jadual, iaitu pada bulan September 1985.

Proses pembinaan giat dijalankan oleh pihak kontraktor, iaitu Tetuan Takenaka Kumagai & Shimizu Joint-Venture. Tumpuan pembinaan dimulakan adalah tingkat 7, Blok Podium dan tingkat 28, Bangunan Menara.

Kerja-kerja kejuruteraan mekanikal, elektrikal dan system paip dalam bangunan adalah di bawah penyenggaraan Tetuan Kumarasivam Tan& Ariffin dan Norman, Disney& Young JV.

Pembinaan Hotel Pan Pacific dilaksanakan setelah satu perbincangan dengan pihak kontraktor,m Tetuan Takenaka Sumagai & Shimizu JV telah diadakan dengan Kumpulan Seri Pasifik; iaitu dalam bulan November dan Disember 1983.

Cadangan hotel ini ialah 500 buah bilik bertaraf antarabangsa dan dilengkapi dengan segala perkhidmatan yang diperlukan seperti restoran, ruang makan, coffe house, ruang hiburan, kelab rekreasi dan dewan jamuan. Hotel ini dicadangkan menjadi sebahagian daripada kompleks dengan sambutan ke pusat persidangan di bahagian kompleks ini.

Sistem kawalan Kuantiti (Qualiti Control System) adalah di bahawa pengawasan Tetuan Arup Juru Runding. Walapun tidak dimasukkan ke dalam pelan asal, namun kerja-kerja pembinaan jejambat lalulintas dan kawasan pameran umum di bahagian luar kompleks juga dijalankan. Pihak Juru Ukur Bahan Kompleks ini ialah Tetuan Pakatan Internaitonal.

Interior Design and Specialty Service (IDSS) atau Perekabentuk Dalam dan Perkhidmatan Khas telah menawarkn kerja-kerja bekalan dan menyiapkan ruang dalam projek ini. Pengubahsuaian ini meningkatkan kos pembiayaannya. Peningkatan kos adalah dikadarkan sebagai $4.6 juta lebih dari lebihan cukai dalam anggaran projek di peringkat awal.

Perunding untama projek melaporkan bahawa pihak Lembaga Letrik Negara ( LLN) telah membekalkan kuasa eletrik ke Kompleks ini melalui janakuasa yang akan ditempatkan di tempat letak kereta Perbandaran. Kuasa eletrik mula dibekalkan pada bulan Mac 1985.

Kerja-kerja penyelenggaraan tempat letak kereta adalah lewat 150 hari dari jadual. Ini adalah disebabkan penempatan janakuasa letrik di tempat berkenaan. Walau bagaimanapun kerjasama antara pihak kontraktor tempat letak kereta, Tetuan Kumagai Gumi dengan pihak LLN, kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian dapat dilaksanakan dengan teratur.

Walaupun semua kerja-kerja telah berjalan lancar, namun terdapat beberapa kelewatan penyelenggaraan. Hal ini berlaku adalah disebabkan proses pengubahsuaian di peringkat akhir yang pada mulanya tidak dijangkakan. Pengubahsuaian yang dilakukan juga telah meningkatkan kos terhadap proses pembinaan projek ini. Setelah siap kos Kompleks ini dianggarkan berjumlah lebih $300 juta.

Sehingga Januari 1984, UMNO telah membelanjakan lebih kurang $132 juta. Semua pembayaran dibuat melalui Khidmat Bersatu Sdn. Bhd. Setelah mendapat pengesahan dari pihak perunding utama Tetuan 3D/ International Inc.

Dengan pembinaan komplek ini, ternyata UMNO mampu mempunyai bangunannya sendiri, sesuai dengan sifatnya sebagai parti politik terkemuka dan sebagai tunggak pimpinan dan pemerintahan negara ini.

Projek Kompleks UMNO yang dijanjikan oleh Tun Abdul Razak, Presiden UMNO yang ke-3, pada 24 Januari 1971, dilancarkan oleh Tun Hussein Onn pada 25hb. Jun 1981 dan pada 26 September 1985 dirasmikan pembukaannya oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden UMNO Malaysia yang ke-5.

Spesifikasi Projek

Lokasi : Lot 26, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.

Kawasan : Luas Tapak 11.0337 ekar.
Luas pusat pameran 150,000 kaki persegi.
Luas menara pejabat 455,000 kaki persegi.
Luas Tempat Letak Kereta, ruang kelengkapan,
perkhidmatan dan ruang-ruang terbuka 685,000 kaki persegi.

Keluasan Pembinaan : 1,400,000 kaki persegi.

Pengurus  Projek dan Perunding Khas : 3D/ International Consultants Inc.
Kontraktor : Takenaka Kumagai & Shimizu Joint-venture.
Kontraktor Kerja Tanah : Percon Sinbu Construction Joint-venture.
Kontraktor : Franki ( Malaysia ) Sdn. Bhd.

Arkitek : Kumpulan Arkitek

Perunding Kerja Awam dan Struktur : Ove Arup & Rakan-rakan.
Perunding Mekanikal dan Elektrik : Kumarasivam, Tan & Ariffin. Norman,
Disney & Young Joint-venture.

Ukur Bahan : Pakatan International.
Md. Ishak dan Rakan-rakan Sdn. Bhd.