Sana Sini… UMNO Turun Padang Salur Khidmat Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Bencana banjir yang melanda Lembah Klang dan Selangor selain Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan serta Perak telah mendorong UMNO turun padang untuk menyalurkan khidmat bakti dengan membantu mereka yang terkesan.

Keprihatinan ahli-ahli UMNO termasuk para pemimpinnya dari pelbagai lapisan dan latar belakang menyantuni mangsa banjir yang terjejas dengan memainkan pelbagai peranan yang antaranya menggerakkan jentera dan jawatankuasa ke kawasan-kawasan banjir.

Biro Kebajikan UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Azeez Rahim adalah antara yang awal turun padang memberikan bantuan khususnya kawasan terjejas teruk iaitu di Selangor.

Turut sama turun menyalurkan sumbangan kepada mangsa yang terlibat ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan juga telah bersama-sama anggota jenteranya di Kuala Langat dengan menyerah sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan di Telok Panglima Garang dan di Kampung Permatang Pasir.

Lebih dari itu, anggota sayap UMNO, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad juga Shah Alam turun sendiri bagi melihat keadaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan UiTM.

Sebelum itu beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi melalui Kementeriannya telah mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir @ KPT bagi menyelaras penyaluran bantuan kepada warga institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkesan akibat banjir yang melanda negara ini.

Begitu juga dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut menggerakkan jenteranya termasuk Sukarelawan Skuad Sabil dan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian-bahagian di Selangor dan Lembah Klang untuk turut sama membantu pihak keselamatan memindahkan mangsa-mangsa banjir dan menyalurkan bantuan makanan kepada mereka yang terjejas.

Tidak ketinggalan, Misi Bantuan Banjir Puteri UMNO yang diketuai ketua pergerakan terbabit, Datuk Zahida Zarik Khan yang bermula di Hulu Langat dengan menghantar bekalan makanan di Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Sg Serai, Surau Al Falahiyah, dan Surau Taman Desa Pelangi. Kemudiannya beliau bergegas pula ke Klang hantar sedikit bekakan makanan di PPS dalam parlimen Kota Raja.

Dalam masa yang sama, Puteri UMNO menggerakkan tabung bagi mana-ama pihak yang ingin menyumbang untuk membeli barang keperluan dengan wang ringgit boleh beri terus ke akaun misi terbabit.

Sememangnya, khidmat tanpa henti kepada rakyat amat sebati dalam UMNO dan di lapangan lebih ramai anggota UMNO akar umbi memberikan sumbangan dalam pelbagai aspek tanpa melihat kepada perbezaan ideologi atau fahaman politik kerana rakyat sentiasa jadi keutamaan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.