Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi Tiba Di Kota Kinabalu Untuk Lawatan Kerja

KOTA KINABALU, 10 Feb – Persiden UMNO Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang tadi dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke Sabah

Ketibaan beliau disambut Ketua UMNO Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan, Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Arifin serta kepimpinan UMNO Sabah yang lain

Tengah hari esok Ahmad Zahid akan mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan UMNO Sabah di bangunan UMNO Sabah dan hari berikutnya 12 Febuari, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan merasmikan Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ke-3 di Dewan Hakka Jalan Tanjung Lipat Likas .

Turut serta dalam rombongan Ahmad Zahid ialah Setiausaha BN, Datuk Zambry Abdul Kadir dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.