Kategori: Dari Parlimen

Berita Pada
5Jun
2017

Asyraf Wajdi, Kui Hian Dilantik Semula Untk Penggal Kedua

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Prof Datuk Dr Sim, Ku Hian mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua di Dewan negara hari ini. Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, datuk […]

Berita Pada
28Apr
2017

Dewan Negara Lulus 13 Rang Undang-Undang

KUALA LUMPUR, 28 April – Sebanyak 13 Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan sepanjang 10 hari persidangan Dewan Negara bagi mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 yang ditangguhkan malam tadi. Antaranya menjadi perhatian adalah RUU Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Azalina Othman Said, dengan menarik paling ramai […]

Berita Pada
27Apr
2017

62 Usahawan Wanita Terima Manfaat Skim Dananita – Tim Menteri

KUALA LUMPUR, 27 April – Seramai 62 usahawan wanita menerima manfaat menerusi Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) dengan jumlah kelulusan sebanyak RM1.28 juta setakat akhir bulan lepas. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata skim tersebut yang dilancarkan awal bulan lepas menyasarkan penglibatan seramai 600 wanita agar mampu berdaya […]

Berita Pada
27Apr
2017

Kerajaan dalam usaha muktamad strategi nasional REDD+ – Tim. Menteri

KUALA LUMPUR, 27 April – Kerajaan sedang dalam usaha memuktamadkan Strategi Nasional bagi Pemusnahan Hutan dan Degradasi (REDD+) untuk memastikan sumber hutan dan perkhidmatan ekosistem dilindungi, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. REDD+ yang bermaksud Reducing Emissions from Deforestation and Degradation dan Role of Conservation, Sustainable Management of Forests, and Enhancement of Forest Carbon Stocks […]

Berita Pada
27Apr
2017

1,450 Keluarga Terima Manfaat Skim ‘Rent-To-Own’ – Tim. Menteri

KUALA LUMPUR, 27 April – Sejumlah 1,450 keluarga telah menerima manfaat daripada pelaksanaan skim ‘Rent-To-Own’ (RTO) atau Sewa Untuk Dimiliki di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR), persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata skim tersebut merupakan usaha kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah […...

Berita Pada
27Apr
2017

Gred E UPSR Bukan Bermaksud Gagal – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 27 April – Pelajar yang memperoleh keputusan gred ‘E’ dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan bermaksud mereka gagal dalam mata pelajaran tersebut. Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata gred itu menunjukkan mereka tidak mencapai tahap minimum penguasaan bagi subjek tertentu di dalam kelas dan perlu meningkatkan usaha bagi memastikan mereka berjaya […]

Berita Pada
27Apr
2017

Tiada Kes Baharu H5N1 Dilaporkan – Tajuddin

KUALA LUMPUR, 27 April – Tiada kes baharu wabak selsema burung H5N1 dilaporkan di negara ini termasuk di Kelantan setakat ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata bagaimanapun operasi pemantauan masih giat dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam usaha pencegahan wabak […]

Berita Pada
26Apr
2017

Dewan Negara Lulus Tiga Rang Undang-Undang

KUALA LUMPUR, 26 April – Tiga rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2017 (Akta 445), Rang Undang-Undang Mahkamah (Kaedah-Kaedah Permulaan Tindakan Sivil) 2016 dan Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2017 diluluskan di Dewan Negara hari ini. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz ketika membentangkan Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) […]

Berita Pada
26Apr
2017

Suntikan Anti Tifoid: 309 Kompaun Dikeluarkan Kepada Pengusaha Premis Makanan

KUALA LUMPUR, 26 April – Sebanyak 309 kompaun telah dikeluarkan kepada pengusaha premis makanan dari Januari hingga Mac tahun ini kerana gagal memastikan pengendali makanan mereka termasuk pekerja asing mendapat suntikan anti tifoid, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kompaun itu juga termasuk kegagalan menghadiri latihan […]

Berita Pada
26Apr
2017

Sebanyak 57,519 Kes Keganasan Terhadap Wanita Dilapor Sejak 2010

KUALA LUMPUR, 26 April – Sebanyak 57,519 kes keganasan terhadap wanita dilaporkan sejak 2010 hingga Mac 2017 berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Chew Mei Fun berkata jumlah tersebut merangkumi bilangan kes keganasan rumah tangga dan kes-kes jenayah di bawah Kanun […]

  • Infografik