Pusat Pemindahan Banjir Dewan Serbaguna Kota Kecil

KOTA TINGGI, 24 Jan — Sebahagian daripada 964 mangsa daripada 194 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir Dewan Serbaguna Kota Kecil hari ini ekoran hujan yang berterusan sejak semalam.–fotoBERNAMA.

Gimik Pelancaran Dan Sesi Pengundian RUMAWIP

KUALA LUMPUR, 24 Jan — Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memasukkan kunci sebagai gimik pelancaran pada majlis pelancaran dan sesi pengundian RUMAWIP Legasi Residensi Kampong Bharu di Kompleks Majlis Sukan Negara, Jalan Raja Muda hari ini. Turut hadir Pengerusi UDA Holdings Berhad Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah (dua, kiri), Datuk Bandar […]

Menyampaikan Sumbangan

SANDAKAN, 24 Jan — Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada murid Sekolah Kebangsaan Rimba Sandakan sempena Program Kembali Ke Sekolah hari ini. Program anjuran Biro Pelajaran UMNO Bahagian Libaran itu menyumbangkan beg kepada 300 murid di sekolah itu.–fotoBERNAMA.

Menerima Kunjungan Delegasi Perdasama

PUTRAJAYA, 24 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan anggota jawatankuasa dan yang dipertua Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dari setiap negeri diketuai Presidennya Datuk Moehamad Izat Emir (dua, kiri) di Bangunan Perdana Putra hari ini.– fotoBERNAMA.

Perasmian Majlis Flag Off Rock Shed Seksyen 46

CAMERON HIGHLANDS, 24 Jan — Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menurunkan tanda tangan pada plak perasmian Majlis Flag Off Rock Shed Seksyen 46, Jalan Simpang Pulai Cameron Highlands hari ini. Rock Shed yang panjangnya 344 meter dengan kemudahan dua lorong bernilai RM22.339 juta.–fotoBERNAMA.

Menerima Kunjungan Delegasi Perdasama

PUTRAJAYA, 24 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbual mesra bersama Ahli Jawatankuasa dan Yang Dipertua setiap negeri Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir (empat, kiri) semasa menerima kunjungan delegasi itu di Bangunan Perdana Putra hari ini. — fotoBERNAMA.

Melawat Pasar Awam Ipoh

IPOH, 24 Jan — Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin beramah mesra dengan para peniaga ketika membuat lawatan ke Pasar Awam Ipoh sempena Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina hari ini. — fotoBERNAMA.

Melancarkan Skim Kawalan Harga

KUANTAN, 24 Jan — Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri Pahang, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin (depan) menunjukkan bekalan telur yang terdapat di Pasaraya Eng Hong semasa melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina peringkat negeri di Pasaraya Eng Hong, hari ini. — fotoBERNAMA.

Bersama Pemilik Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 24 Jan — Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) bergambar bersama pemilik Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) selepas majlis pelancaran dan sesi pengundian Rumawip Legasi Residensi Kampong Bharu di Kompleks Majlis Sukan Negara, Jalan Raja Muda hari ini. Hadir sama Pengerusi UDA Holdings Berhad Datuk Dr Mohd Shafei […]

Berkenan Melawat Mangsa Banjir

KOTA TINGGI, 24 Jan — Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Serbaguna Kota Kecil hari ini. Seramai 964 mangsa daripada 194 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir itu ekoran hujan yang berterusan sejak semalam.–fotoBERNAMA.



UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2016 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE