Kategori: Ketua Puteri – Mas Ermieyati

Berita Pada
27Mar
2017

Kes Tipu Umrah Libatkan Kerugian Lebih RM10 Juta Sejak 2012

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Sebanyak 266 kes penipuan pakej umrah dan haji dilaporkan dengan nilai kerugian berjumlah lebih RM10 juta sejak 2012 hingga Februari tahun ini, kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Timbalan Menteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata daripada jumlah tersebut, 95 kes melibatkan agensi pelancongan dan nilai kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM508,500 di […]

Berita Pada
16Dec
2016

Agensi Pelancongan Perlu Miliki Lesen Khas Umrah Mulai Oktober 2017

PUTRAJAYA, 16 Dis – Semua agensi pelancongan yang ingin mengendalikan pakej umrah perlu mempunyai lesen khas umrah bermula 1 Okt tahun hadapan yang dikeluarkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kata Timbalan Menterinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Beliau berkata tujuan pengenalan lesen khas tersebut adalah bertujuan untuk memantau dan mengelak kes penipuan umrah berulang lagi pada masa […]

Berita Pada
7Dec
2016

Pelantikan Fahariyah Sebagai Senator Pengiktirafan Kepada Wanita Muda

MELAKA, 7 Dis – Pelantikan Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Datuk Fahariyah Md Nordin, 37, sebagai Anggota Dewan Negara merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan wanita muda dalam memperkasakan pembangunan negara. Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya bangga atas pelantikan Fahariyah yang berkuat kuasa hari ini kerana ia merupakan kali pertama anggota pergerakan itu […]

Berita Pada
3Dec
2016

Puteri UMNO Sedia Jadi ‘Komando’ Menangi Hati Rakyat Untuk Menang PRU14

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Skuad #PuteriPeduli akan digembleng seperti ‘komando’ bagi memenangi hati dan keyakinan rakyat kepada UMNO sekali gus membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Beliau berkata skuad itu akan menjelajah ke seluruh negara walaupun ke hutan belantara bagi mendekati rakyat. […]

Berita Pada
1Dec
2016

Terjemah Wala’ Dalam Perbuatan

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Prinsip wala’ yang ditekankan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diterjemahkan dalam perbuatan setiap anggota parti. Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata prinsip wala’ akan menguatkan ukhwah dalam kalangan anggota parti yang seterusnya membantu mencipta jentera yang lebih kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). […]

Berita Pada
30Nov
2016

Keanggotaan Automatik Bagi Perkasa Puteri – Mas Ermieyati

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Keanggotaan automatik yang diperjuangkan Puteri UMNO bertujuan untuk memperkasakan sayap bongsu parti yang sering kehilangan anggota atas faktor usia, kata Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Beliau berkata pihaknya tidak berniat untuk mengguris hati Pergerakan Wanita apabila mencadangkan supaya wanita berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun yang mendaftar sebagai anggota parti […]

Berita Pada
30Nov
2016

Puteri UMNO Gerakkan Unit Khas Pilihan Raya Untuk Persedian Hadapi PRU 14

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pergerakan Puteri UMNO akan menggerakkan Unit Khas Pilihan Raya (UKP) yang terdiri daripada Skuad IT (Teknologi Maklumat), Skuad Penerangan dan Skuad #PuteriPeduli sebagai persiapan untuk Pilihan Raya Umum ke-14. Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, menerusi UKP, gerak kerja untuk PRU-14 akan lebih tersusun terutamanya dalam mempromosi calon dan agenda […]

Berita Pada
30Nov
2016

Ucapan Dasar Ketua Puteri UMNO Malaysia Sempena Persidangan Agung UMNO Kebangsaan 2016

1. Selamat datang kepada semua perwakilan yang bersidang di dalam dewan ini. Semoga kehadiran pada kali ini dimanfaatkan oleh semua perwakilan dengan sebaik mungkin. Gunakanlah ruang ini untuk berbahas dan mengusulkan idea-idea bernas dengan penuh beradab. 2. Terlebih dahulu, sama-samalah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Sesungguhnya, ruang untuk kita berhimpun dengan penuh keamanan ini […]

Berita Pada
23Nov
2016

Puteri Perlu Bawa UMNO Sebagai Jenama Untuk Dekati Rakyat – Mas Ermieyati

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, semua ahli Puteri harus berbangga membawa ‘jenama’ Puteri UMNO itu sendiri dalam mendekati rakyat. Oleh yang demikian jelasnya, Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember ini patut dijadikan landasan terbaik memupuk semangat jati diri untuk […]

Berita Pada
20Nov
2016

Bawa Anak Kecil Ke Perhimpunan Haram, Satu Tindakan Tidak Boleh Dikompromi

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyelar tindakan peserta Bersih 5.0 semalam yang membawa anak kecil ke perhimpunan tersebut yang dianggap sebagai satu tindakan tidak boleh dikompromi dan amat membahayakan. Katanya, perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi biarpun dikatakan perhimpunan ini aman tetapi sekiranya berlaku apa-apa dalam perhimpunan […]

  • Infografik