Belum Ada Perancangan Bagi Bantuan Makanan Dalam Bentuk Kupon – Chew Mei Fun

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat belum mempunyai perancangan untuk memberikan bantuan makanan kepada kumpulan sasaran dalam bentuk kupon. Timbalan menterinya, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata ini kerana kementerian melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) telah menyediakan pelbagai bantuan yang lebih baik dalam bentuk pemberian makanan, duit (elaun) dan perkhidmatan. […]

Malaysia, Indonesia, Filipina Dalam Proses Akhir Bincang Kerjasama Keselamatan Di Laut Sulu

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Malaysia kini dalam proses akhir perbincangan dengan Indonesia dan Filipina bagi membentuk kerjasama keselamatan di Laut Sulu. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerjasama itu penting ke arah memastikan kedaulatan pantai timur Sabah terus terpelihara. “Usaha ini dilaksanakan kerana kita sedar ancaman keselamatan di lautan tersebut tidak mampu […]

KKMM Peruntuk RM3.6 Bilion Laksana Projek Jalur Lebar Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memperuntukkan sebanyak RM3.6 bilion meliputi pelaksanaan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan Jalur Lebar Untuk Orang Ramai (BBGP) di seluruh negara. Dalam jawapan bertulisnya di Dewan Negara hari ini, KKMM berkata sebanyak RM3.9 bilion turut diperuntukkan bagi mempertingkat liputan […]

Jadual Akhir Sukan SEA Dimuktamadkan Julai Depan – Khairy

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Jadual akhir pertandingan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN di Kuala Lumpur akan dimuktamadkan pada Julai tahun depan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata jadual itu hanya akan dimuktamadkan apabila jawatankuasa pengelola menerima senarai penuh penyertaan daripada negara-negara peserta. “Jawatankuasa pengelola temasya Sukan SEA dan Sukan Para […]

FRIM Kenal Pasti 25 Spesies Tumbuhan Ubatan Untuk Prototaip

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Sebanyak 25 spesies daripada 500 tumbuhan ubatan dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai produk prototaip yang boleh dikomersialkan, sidang Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri berkata spesies itu kini dianalisis dan diuji oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). “Ujian itu antara lain […]

Tiada Penambahan Keluasan Tanaman Kelapa Sawit – Datu Nasrun

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Keluasan kawasan penanaman kelapa sawit di negara ini tidak akan ditambah sebaliknya hanya dijalankan penanaman semula di kawasan yang telah sedia ada. Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur bagaimanapun berkata sekiranya terdapat penambahan kawasan penanaman komoditi itu, ia hanya melibatkan kawasan yang kecil. “Kita akan […]

Sebanyak 2,046 Sekolah Alami Masalah Pendawaian Elektrik

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Sebanyak 2,046 buah sekolah di seluruh negara dikenal pasti mengalami masalah pendawaian elektrik yang merupakan antara punca berlakunya kebakaran di beberapa sekolah baru-baru ini. Timbalan Menteri Pendidikan Senator Datuk Chong Sin Woon berkata ia membabitkan sekolah yang uzur iaitu berusia melebihi 20 tahun. “Kebanyakan kebakaran yang berlaku tidak bermula dari […]

SKMM Sekat Lebih 5,000 Laman Sesawang Atas Pelbagai Kesalahan – Jailani

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 5,044 laman sesawang melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sejak 2015 sehingga Oktober tahun ini. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata daripada jumlah itu, 4,277 merupakan laman sesawang berunsur lucah, jelik dan mengancam keselamatan, manakala 767 […]

Kementerian Sasar 1.4 Juta Tan Metrik Keluaran Akuakultur Menjelang 2020

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan pengeluaran hasil ternakan akuakultur, termasuk udang, dapat ditingkatkan kepada 1.443 juta tan metrik menjelang 2020. Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pengeluaran semasa bagi industri itu sebanyak 506,000 tan metrik atau hanya 29 peratus daripada 1.98 juta metrik tan jumlah keseluruhan […]

RM300,000 Diperuntukkan Kepada Peniaga Getah Runcit Beli Getah Pada Harga Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Kerajaan memperuntukkan RM300,000 pinjaman mudah kepada peniaga getah runcit untuk membeli getah pada harga yang lebih baik daripada pekebun kecil berbanding pembeli getah berlesen. Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata kementerian itu juga melaksanakan mekanisme penetapan harga getah dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM6.4 juta […]



UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2016 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE