Wanita UMNO Setia Membenteng Parti – Shahrizat

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Pergerakan Wanita UMNO beriltizam untuk terus setia menjadi benteng parti walau pelbagai dugaan melanda. Ketuanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata kesetiaan adalah rukun utama perjuangan Wanita dan konsep wala’ seperti disuarakan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi amalan sayap itu sejak wujudnya UMNO hampir 70 tahun lalu. […]

Wanita UMNO Bakal Wujudkan Kad Laporan Prestasi Anggotanya

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Wanita UMNO bakal mewujudkan kad laporan mengenai prestasi anggotanya terutama di peringkat Bahagian mulai Januari ini. Ketuanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata kad laporan itu akan diserahkan kepada Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diteliti dan dinilai. “Saya nak beri kad laporan kepada Presiden tentang kesusahan, kesenangan […]

Wanita UMNO Desak Ambil Tindakan Terhadap Penerima Dana Asing

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Wanita UMNO mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap penerima dana asing yang bertujuan menggulingkan kerajaan. Ketuanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata demi mencapai cita-cita kotor mereka, pembangkang sanggup menerima dana dari pihak asing untuk mengucar-ngacirkan negara. “Puan-puan, (hartawan Amerika Syarikat) George Soros sudah kembali semula. Dialah petualang dan […]

Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia – Ibu Terbaik Bangsa

Saya memohon izin Dato’ Timbalan Pengerusi Tetap, untuk saya menyampaikan amanah ini. Saya mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran sembilan ratus sembilan puluh tiga (993) orang perwakilan Wanita UMNO Malaysia dari seluruh negara. Suara puan-puan akan mewakili hasrat lebih kurang 1.3 juta ahli Wanita UMNO dari satu ratus sembilan puluh satu (191) bahagian merangkumi dua […]

Tan Sri Zaleha Ismail Dan Dr Fauziah Terima Anugerah Khas Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini memberikan Anugerah Khas kepada Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail, Naib Presiden MUBARAK dan Dr Fauziah Mohd Hassan, Timbalan Pengerusi Aqsa Syarif di atas sumbangan dalam kerja-kerja kebajikan dan khidmat kemanusian kepada masyarakat tidak kira di dalam mahupun di luar Negara. Ketuanya, […]

Lebih Ramai Calon Wanita Bertanding Pada PRU14 – Shahrizat

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Wanita UMNO menjangkakan lebih ramai calon Wanita akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. Beliau berkata sayap itu sudah mengumpulkan senarai calon dan senarai itu akan diserahkan kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional. “Saya telah […]

Wanita UMNO Enggan Politiking, Jadikan PRU-14 Fokus Untuk Perhimpunan Agung UMNO

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Pergerakan Wanita UMNO melihat Perhimpunan Agung UMNO 2016 merupakan satu perhimpunan orang Melayu yang istimewa dan penting dalam menentukan hala tuju perjuangan UMNO khususnya dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil berkata, perhimpunan ini istimewa biarpun diadakan saban tahun kerana menerusi persidangan inilah […]

Wanita UMNO Bakal Turunkan Calon Wanita Negeri Untuk PRU-14

KUALA TERENGGANU, 16 Nov – Pergerakan Wanita UMNO telah bersedia mengemukakan calon pertama wanita Barisan Nasional (BN) negeri untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) kelak. Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abd Jalil berkata sekurang-kurangnya seorang calon wanita akan dinamakan untuk memenangi kerusi bagi BN. “Setahun dulu, semasa perjumpaan dengan Menteri Besar Terengganu beliau berjanji […]

Resolusi Persidangan Meja Bulat Syariah Akan Dijadikan Usul Pada PAU 2016 – Shahrizat

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini mengambil inisiatif melalui Biro Perundangan Syariah Dan Advokasi menganjurkan satu Persidangan Meja Bulat Syariah yang bertujuan untuk mengumpul pandangan dan pendapat dari pelbagai pihak yang terlibat bagi memperkasakan lagi institusi kehakiman dan perundangan syariah di negara ini. Persidangan Meja Bulat Syariah yang dipengerusikan oleh […]

Malaysia, Negara Asean Disaran Melabur Untuk Generasi Muda

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Malaysia dan negara anggota ASEAN perlu bersedia melabur untuk generasi muda bagi menentukan kesinambungan kepimpinan dan kejayaan negara pada masa akan datang. Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata peranan itu juga harus dimainkan parti-parti politik dalam membantu melahirkan generasi muda […]



UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2016 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE