Look Beyond ‘Winners And Losers’ Notions To Resolve South China Sea Disputes – Hishammuddin

SINGAPORE, Jan 23 – Malaysia today called on all parties to “look beyond tired and childish notions of winners and losers” in resolving South China Sea territorial disputes. Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said Malaysia firmly and unequivocally believed that these disputes can only be resolved through diplomacy and via multilateral institutions such […]

Isu Rohingya Perlu Ditangani Segera Elak Dieksploitasi Militan – Hishammuddin

KLUANG, 14 Jan – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata isu etnik Rohingya perlu ditangani segera bagi mengelak mereka dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab, terutama militan. Katanya susulan usaha habis-habisan pihak barat dalam menentang gerakan militan di Syria dan Iraq, kumpulan itu dilihat terpaksa mencari kawasan lain untuk berlindung. “Saya bimbang mereka (pengganas) […]

Pesawat Beechcraft B200T TUDM Digantung Operasi Susulan Nahas Semalam

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Tiga lagi pesawat Beechcraft B-200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Subang, tidak dibenarkan beroperasi buat sementara waktu susulan nahas di Pangkalan Udara Butterworth semalam. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata operasi pesawat itu digantung sementara untuk membantu siasatan punca nahas di peringkat awal. “Sekarang […]

Malaysia, Indonesia, Filipina Dalam Proses Akhir Bincang Kerjasama Keselamatan Di Laut Sulu

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Malaysia kini dalam proses akhir perbincangan dengan Indonesia dan Filipina bagi membentuk kerjasama keselamatan di Laut Sulu. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerjasama itu penting ke arah memastikan kedaulatan pantai timur Sabah terus terpelihara. “Usaha ini dilaksanakan kerana kita sedar ancaman keselamatan di lautan tersebut tidak mampu […]

Malaysia Mahu Penjelasan Dakwaan Peletakan Aset Tentera China Di Laut China Selatan

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Malaysia akan menuntut penjelasan China berhubung dakwaan peletakan aset ketenteraan republik itu di tujuh pulau buatan di Laut China Selatan. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan menulis surat kepada rakan sejawatannya di China, Jeneral Chang Wanquan dalam tempoh terdekat bagi tujuan berkenaan. “Saya juga akan menulis […]

Suara Akar Umbi Terus Bergema Di Dewan Merdeka – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merasa gembira apabila suara akar umbi bergema di Dewan Merdeka apabila terus disuarakan oleh para pembahas dan jurucakap yang mewakili negeri masing-masing pada perhimpunan agung UMNO kali ini. Menurut beliau, segala perkara yang disentuh oleh para pembahas dalam perhimpunan kali ini adalah […]

Mahasiswa Diingatkan Jangan Ambil Mudah Cubaan Campur Tangan Asing Dalam Negara

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengharapkan agar mahasiswa tidak ambil mudah usaha sesetengah pihak termasuklah campur tangan pihak luar dalam usaha melemahkan parti berkenaan. Menurut beliau kadangkala terdapat pihak-pihak tertentu yang berpolitik tidak mengenal sempadan dalam usaha meraih keuntungan  sekaligus menjayakan cita-cita dan impian mereka. “Sebagai mahasiswa, […]

M’sia Tingkat Kawalan Keselamatan Di Perairan Sabah Cegah Kehadiran Maute

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Kawalan keselamatan di perairan negara dipertingkat bagi mencegah sebarang kehadiran dan insiden pencerobohan anggota militan Maute yang diserang Angkatan Tentera Filipina (ATF) bulan lepas, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. “Ini diambil bagi menghalang anggota militan (Maute) mendapat sebarang perlindungan pihak tertentu di negara ini,” kata Naib Presiden […]

Cadangan Letak 30 Peratus Calon Muda Disokong, Pemimpin Pelapis Perlu Diberi Peluang – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyokong cadangan pergerakan Pemuda dan Puteri supaya pimpinan parti meletakkan 30 peratus calon muda pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan bersetuju bahawa pelapis muda perlu diberikan peluang, namun menekankan calon yang diketengahkan itu mestilah diterima dan mendapat […]

Pusat Dagangan Dunia KL Putra Simbolik Perjuangan 70 Tahun UMNO – Hishammuddin

KUALA  LUMPUR, 30 Nov – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussin menyifatkan projek pembangunan Ibu Pejabat UMNO yang baru yang bermula Mei tahun depan merupakan signifikan kepada perjuangan UMNO yang telah lama berbakti kepada negara. Tambahnya, Majlis Pecah Tanah Pembangunan Pusat Dagangan Dunia KL Putra yang disempurnakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib menjadi […]



UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2016 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE