Kempen ‘Bebas Beg Plastik’ Kerajaan Selangor Gagal – Irmohizam

SHAH ALAM, 24 Jan – Kempen ‘Bebas Beg Plastik’ setiap hari yang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor sejak 1 Jan lepas, dilihat gagal dalam pelaksanaannya, kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim. Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya melaksanakan kempen itu secara berfasa dan bukan secara drastik tanpa mengambil kira impak sosialnya kepada rakyat. […]

Pembangkang Suka Pertikai Apa Jua Usaha Baik Kerajaan – Hamzah

IPOH, 24 Jan – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini berkata pembangkang pada hari ini dilihat cenderung mempertikaikan apa jua usaha kerajaan, namun pada akhirnya mereka sendiri mengakui ia sesuatu yang bermanfaat. “Dulu ada pihak yang kata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menyalahi undang-undang, kemudian pada satu perhimpunan agung berkata, kalau mereka […]

Banjir: JBPM Sedia Gerak 3,000 Anggota Tambahan Ke Pantai Timur – Noh

PUTRAJAYA, 24 Jan – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)bersedia menggerakkan 3,000 anggota tambahan bagi membantu masyarakat sekiranya keadaan banjir di beberapa negeri di pantai timur bertambah buruk. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata walaupun gelombang kedua banjir telah melanda Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Johor, keadaan itu masih […]

Kerajaan Negeri Sabah Pantau Kebajikan Mangsa Banjir – Musa Aman

SANDAKAN, 24 Jan – Kerajaan negeri akan memastikan mangsa banjir mendapat bantuan yang diperlukan dan layanan baik sepanjang berada di pusat pemindahan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negeri yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Sukiman melawat ke tempat terlibat banjir […]

Kit Siang Tidak Setaraf Dengan Najib Untuk Berbahas – Salleh

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Kedudukan Lim Kit Siang tidak setaraf dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan perbahasan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. “Mungkin Kit Siang terlupa bahawa beliau hanya Pengerusi DAP. Malah, beliau juga bukan ketua Pakatan Harapan dan ini tidak meletakkannya setaraf dengan […]

Liow Kesal Tun M Mainkan Sentimen Perkauman Jadikan Isu Pembangunan Sebagai Perkauman

BENTONG, 24 Jan – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini, menyelar tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memainkan sentimen perkauman dalam projek pembangunan oleh kerajaan. Presiden MCA itu juga menyifatkan tindakan Dr Mahathir memperalatkan projek pembangunan Forest City di Iskandar Malaysia, Johor dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) […]

RUMAWIP Kampung Baru Dijangka Siap Akhir Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) Legasi Residensi Kampong Baru, di sini, dijangka siap akhir tahun depan, dengan tawaran harga RM300,000 seunit kepada penduduk Kampung Baru. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur berkata sebanyak 206 unit kediaman mampu milik berkeluasan 807 meter dengan tiga bilik tidur […]

Jangan Bawa Budaya Tidak Sihat Ke Bentong – Tiong Lai

BENTONG, 24 Jan – Pelancong diingatkan supaya tidak membawa budaya tidak sihat ke Bentong. Anggota Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penduduk tampatan mengalu-alukan kehadiran pelancong, namun mereka tidak akan bertoleransi dengan kelakukan tidak wajar. “Kita mahu tindakan segera daripada pihak polis. Ini budaya yang tidak sihat yang dibawa ke Bentong. Kelakuan begini […]

Capai Sasaran Bangunkan 80,000 Rumawip Menjelang 2018 – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Kementerian Wilayah Persekutuan optimis dapat mencapai sasaran membangunkan keseluruhan 80,000 unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) menjelang 2018. Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sasaran pembangunan Rumawip itu melibatkan kawasan ibu negara, Putrajaya dan Labuan. “Saya yakin sasaran itu boleh dicapai berikutan 65 peratus atau 52,562 unit […]

Dr Mahathir Tidak Akan Berjaya Takutkan Rakyat Johor – Khaled Nordin

JOHOR BAHRU, 23 Jan –  Usaha Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menakut-nakutkan rakyat Johor dengan kenyataan tentang rakyat China yang diberikan kewarganegaraan dalam projek raksasa, Forest City tidak akan berjaya, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Menteri Besar Johor itu, berkata dakwaan Dr Mahathir mengenai pelaburan US$100bil (RM443bil) dalam projek itu tidak berdasarkan fakta dan beliau ‘muncul […]



UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2016 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE