Kuasai Sebaran Media Sosial Tangkis Persepsi Negatif Rakyat Terhadap UMNO, Kerajaan

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, jentera siber  UMNO perlu melipat kali gandakan usaha mereka untuk menyebarkan maklumat dalam usaha untuk mengubah persepsi negatif rakyat terhadap UMNO dan kerajaan. Ini sekaligus tegasnya menangkis segala fitnah dan tohmahan yang disebarkan oleh pihak pembangkang kepada rakyat melalui medium tersebut. Menurut […]

Perubahan Pentadbiran Amerika Syarikat Tidak Jejas Kerjasama Keselamatan – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 21 Jan – Perubahan sistem pentadbiran di Amerika Syarikat yang kini diterajui Presiden Donald Trump tidak akan menjejaskan dasar atau kerjasama berkaitan keselamatan yang dijalin dengan Malaysia. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan semua Perjanjian Persefahaman (MoU) termasuk berkaitan dengan jenayah rentas sempadan tetap diteruskan. “Dari segi jangka panjang, […]

TN50 – Dialog Kluster Agama Islam Bakal Diadakan Untuk Rangka Agenda Islam – Zahid

BAGAN DATUK, 20 Jan – Sesi Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi kluster agama Islam akan diadakan di seluruh negara bagi merangka agenda Islam menjelang 2050, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ini susulan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepadanya yang mahu beliau mengetuai pasukan […]

M’sia Sedia Latihan Bidang Separa Mahir Kepada 56,000 Rohingya

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Malaysia akan memberikan latihan dalam bidang separa mahir kepada kira-kira 56,000 rakyat Rohingya yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan menperincikan pelaksanaan perkara itu supaya golongan itu boleh memohon kad sementara Pas Lawatan Kerja […]

Kerajaan Dibenarkan Keluar Kad Pekerja Asing Sementara – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 17 Jan – Kerajaan diberi kebenaran untuk mengeluarkan Kad Pekerja Asing Sementara kepada pekerja asing tanpa izin (PATI) yang bermajikan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kebenaran itu diberi berdasarkan keperluan semasa dan terbuka kepada semua sektor namun, hanya tertakluk kepada PATI yang mempunyai majikan. […]

Akujanji Akan Menjadi Kenyataan Jika Rakyat Terus Sokong Kerajaan Sedia Ada – Zahid

KUCHING, 16 Jan – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjanji akan membantu merealisasikan akujanji yang dibuat kerajaan negeri semasa dipimpin Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Sarawak memberikan sokongan sepenuhnya kepada Ketua Menteri Sarawak yang baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Openg seperti mana diberikan […]

China Sedia Pindahkan Teknologi Kawalan Sempadan Kepada M’sia – TPM

KUNMING (Wilayah Yunnan, China), 14 Jan – China menyatakan kesediaan memindahkan teknologi kawalan sempadannya kepada Malaysia bagi membantu negara memantapkan lagi kecekapan agensi berkaitan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata banyak yang boleh dipelajari Malaysia daripada China, terutama di Wilayah Yunnan yang mengawasi sempadan dengan negara jirannya Laos, Myanmar […]

Timbalan Perdana Menteri Ucap Takziah Pemergian Allahyarham Adenan

BEIJING, 11 Jan – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang dikenalinya adalah seorang yang tegas dalam tindakan, namun ada ketikanya beliau sedia mengambil sikap fleksibel dalam mengadaptasi perubahan untuk kebaikan. “Beliau seorang yang lembut dalam percakapan tetapi tegas dalan tindakannya, lebih-lebih lagi ketika membuat keputusan. […]

Puskas – Faiz Harumkan Nama Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Kejayaan Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau mengucapkan tahniah kepada pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah, itu selepas diumumkan selaku pemenang di majlis Anugerah Bola Sepak FIFA […]

Usaha SPRM Banteras Rasuah Bukan Bermusim – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 9 Jan – Usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan individu-individu berjawatan besar atas dakwaan terlibat dalam jenayah kolar putih bukan tindakan bermusim, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri menegaskan usaha tersebut akan diteruskan setiap masa tanpa sebarang kompromi kerana ia penting bagi memberi imej baik kepada negara. “Penangkapan […]



UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2016 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE