UMNO Online » Berita Pilihan http://www.umno-online.my Official News Site of The United Malays National Organisation or UMNO Sun, 24 May 2015 04:19:52 +0000 en-US hourly 1 http://wordpress.org/?v=4.2.2 Inilah Sebenarnya ASEAN – Najib http://www.umno-online.my/2015/04/27/inilah-sebenarnya-asean-najib/ http://www.umno-online.my/2015/04/27/inilah-sebenarnya-asean-najib/#comments Mon, 27 Apr 2015 05:54:33 +0000 http://www.umno-online.my/?p=132581 KUALA LUMPUR, 27 April – Inilah ASEAN sebenarnya, ketika ini dan di sini, dengan proses pembinaan komuniti dan integrasi ekonomi disuburkan untuk menjadikan ASEAN yang inklusif, berani dan melihat ke depan untuk perkumpulan itu dan warganya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 di sini hari ini, menekankan tahun 2015 akan menjadi sejarah kejayaan ASEAN apabila visi mewujudkan komuniti tunggal menjadi kenyataan menjelang akhir tahun.

“Inilah ASEAN sebenarnya, ketika ini dan di sini. Marilah kita bekerja bersama-sama untuk memastikan apabila kita bercakap mengenai Alaf Asia, ia juga Alaf ASEAN,” tegas Najib.

Beliau juga berkata semasa Malaysia memegang keistimewaan untuk mempengerusikan ASEAN pada tahun yang penting untuk organisasi itu, kumpulan serantau ini perlu meneruskan usaha untuk mewujudkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Beliau menegaskan bahawa sekarang adalah masa untuk blok 10 anggota itu mencari jalan supaya ASEAN menjadi dan dilihat lebih sepakat dalam politik.

“Pelabur antarabangsa sudah lama tertarik ke India dan China. ASEAN boleh dan wajar meletakkan dirinya sebagai ‘kuasa ketiga’ di rantau ini dan dengan kesepaduannya yang nampak dengan jelas, dapat membantu kita menjayakannya,” katanya.

Menyentuh mengenai cadangan zon waktu seragam, Najib berkata jika idea itu diterima oleh ASEAN untuk keseluruhan rantau itu, ia merupakan simbol perpaduan ASEAN, selain baik untuk perniagaan.

“Tambahan pula, potensi kita sangat besar. Kita mempunyai tenaga kerja ketiga terbesar di dunia. Kita mempunyai tenaga muda berbakat dan bilangan penduduk mahir yang semakin meningkat, yang melebihi 600 juta orang.

“Bilangan penduduk kelas pertengahan yang semakin meningkat menjadikan kita sebagai antara rantau paling dinamik dan menarik, mendorong sebuah penerbitan, pada minggu lepas, bertanyakan sama ada ASEAN merupakan ‘pelaburan paling panas” di Asia, katanya.

Najib juga berkata berikutan halangan perdagangan oleh Komuniit Ekonomi Asean (AEC) dimansuhkan, ia turut meliputi pengurangan tarif.

“Ia mesti meliputi pemansuhan halangan bukan tarif seperti peraturan yang terlalu membebankan yang menjejaskan perdagangan bebas dan saksama,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata ASEAN mesti meningkatkan program untuk menyeragamkan standard, menambah pasaran modal dan penyepaduan kewangan serta mempromosi pergerakan barangan, perkhidmatan, pelaburan dan bakat secara lebih bebas antara negara.

“Hasil pembaharuan itu akan lebih transformatif,” katanya dan menambah jika dagangan sesama ASEAN ditingkatkan kepada 40 peratus daripada 24 peratus, ekonomi ASEAN akan meningkat dengan ketara kepada US$2.5 trilion setahun.

“Potensi pertumbuhan ini bermakna peningkatan ekonomi dan taraf hidup rakyat kita. Dan ‘hadiah’ itu dalam genggaman kita,” katanya.

Menyentuh visi penubuhan ASEAN seperti yang diasaskan pemimpin pengasas kumpulan itu menerusi Deklarasi Bangkok, Najib berkata ia telah merapatkan hubungan penduduk di rantau itu.

“Dan, kita mesti memastikan hubungan ini terikat dan idea hebat ASEAN menjadi realiti secara peribadi kepada semua warga kita,” katanya.

Memetik contoh mengenai usaha mengeluarkan rakyat Malaysia dari Yaman yang kini bergolak, Najib bangga kerana proses itu turut dijalankan oleh kerajaan-kerajaan ASEAN, yang turut membantu warga negara yang lain.

Malaysia sendiri membantu mengeluarkan rakyatnya bersama warganegara ASEAN termasuk dari Singapura, Thailand, Vietnam, Kemboja dan Indonesia.

“Inilah semangat ASEAN,” katanya.

Najib bagaimanapun mengakui bahawa perbezaan, yang diharapkan kecil, pasti wujud, memandangkan rantau ini kaya dengan pelbagai etnik, budaya dan agama.

Bagaimanapun Malaysia yang mempengerusikan ASEAN tahun ini, yakin perbezaan pendapat boleh ditangani menerusi sikap toleransi, persefahaman dan hormat-menghormati, yang mencerminkan cara sebenar ASEAN.

Sambil menarik perhatian terhadap kemajuan proses damai Bangsamoro, Najib menjelaskan mengenai pentingnya konflik dalaman ditangani dalam ASEAN supaya ia benar-benar melambangkan ia sebuah komuniti.

Mengulas mengenai Komuniti ASEAN, Perdana Menteri berkata ASEAN bertanggungjawab merangka dokumen pelan tindakan untuk mewujudkan Komuniti ASEAN.

“Ini (dokumen) akan menyediakan asas mengenai kaedah untuk kita memperkukuh integrasi dalam tempoh 10 tahun akan datang, sehingga 2025,” katanya.

Najib berkata ASEAN Berpaksikan Rakyat bermaksud warga di rantau ini merasakan mereka bukan sekadar sebahagian daripada ASEAN.

“Tanpa mengira siapa mereka – daripada pesawah, sehingga pedagang mata wang, pemilik perniagaan halal, nelayan dan jurutera elektronik – warga kita sebenarnya merasakan mereka ASEAN, dan masa depannya merupakan masa depan mereka.

“Bagi merealisasikannya, kita mesti melibatkan mereka dan sentiasa mendengar (pandangan) mereka,” kata Najib.

Najib berkata ASEAN juga yakin organisasi dan individu cemerlang yang telah membuat sumbangan besar dalam proses pembangunan komuniti sepanjang tahun, wajar diperakui dan diumumkan.

“Berdasarkan hakikat ini, saya bangga mengumumkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 tahun ini, kita akan menganjurkan ‘Anugerah Warga ASEAN’ pertama, bagi meraikan mereka yang telah melakar kecemerlangan,” katanya.

Najib mengingatkan bahawa ASEAN berpusatkan rakyat bermatlamat member manfaat kepada warga dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Hadirin pada majlis perasmian itu termasuk pemimpin dan perwakilan Negara anggota ASEAN, Setiausaha Agung ASEAN Le Luong Minh serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri-menteri Kabinet.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang bermula semalam, bertema ‘Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita’ berlangsung di Kuala Lumpur dan Langkawi.

Malaysia yang menjadi tuan rumah kali keempati, sebelum ini mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN masing-masing pada 1977, 1997 dan 2005.

]]>
http://www.umno-online.my/2015/04/27/inilah-sebenarnya-asean-najib/feed/ 0
UMNO Permatang Pauh Peruntuk Rm145,000 Bagi 29 Sekolah http://www.umno-online.my/2015/02/28/umno-permatang-pauh-peruntuk-rm145000-bagi-29-sekolah/ http://www.umno-online.my/2015/02/28/umno-permatang-pauh-peruntuk-rm145000-bagi-29-sekolah/#comments Sat, 28 Feb 2015 10:05:25 +0000 http://www.umno-online.my/?p=126581 BUKIT MERTAJAM, 28 Feb – UMNO Bahagian Permatang Pauh memperuntukkan sebanyak RM145,000 kepada 29 sekolah menengah dan rendah dalam parlimen berkenaan bagi membiayai program membantu memperkasa bidang pendidikan.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata peruntukan sebanyak RM5,000 setiap sekolah itu adalah bagi memudahkan pihak sekolah menjalankan aktiviti membabitkan pelajar dan guru.

“Daripada jumlah yang diberikan itu, RM3,000 diserahkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) di setiap sekolah manakala selebihnya diperuntukan khusus buat kelab guru.

“Kami berharap peruntukan berkenaan dapat mengurangkan perbelanjaan dan bebanan ibu bapa pelajar sekali gus dapat menambah baik kemudahan sekolah untuk kegunaan bersama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke-36 Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, di sini hari ini.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan bantuan wang tunai Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan e-Kasih kepada 128 pelajar terpilih membabitkan peruntukan keseluruhan bernilai RM32,000.

Dalam pada itu, Mohd Zaidi berkata pihaknya juga memohon peruntukan daripada Kementerian Pendidikan bagi bantuan pembinaan dewan terbuka untuk 10 sekolah di parlimen berkenaan termasuk SK Seri Penanti.

“Saya sudah mengemukakan permohonan kepada kementerian dan setiap sekolah melibatkan kos pembinaan bagi setiap dewan terbuka adalah sebanyak RM200,000.

“Diharapkan peruntukan yang dipohon itu dapat diluluskan segera bagi memastikan aktiviti sekolah terutamanya aktiviti kokurikulum pelajar dapat berjalan dengan lancar apabila adanya dewan terbuka berkenaan,” katanya.

]]>
http://www.umno-online.my/2015/02/28/umno-permatang-pauh-peruntuk-rm145000-bagi-29-sekolah/feed/ 0
Malaysia Tidak Perlu Tunjuk Ajar Amerika Syarikat Dalam Tangani Isu Hak Asasi – Nancy http://www.umno-online.my/2014/12/07/malaysia-tidak-perlu-tunjuk-ajar-amerika-syarikat-dalam-tangani-isu-hak-asasi-nancy-2/ http://www.umno-online.my/2014/12/07/malaysia-tidak-perlu-tunjuk-ajar-amerika-syarikat-dalam-tangani-isu-hak-asasi-nancy-2/#comments Sun, 07 Dec 2014 10:08:14 +0000 http://www.umno-online.my/?p=121012 KUCHING, 7 Dis – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mempunyai urusan dalaman sendiri yang perlu ditangani dan wakilnya tidak perlu datang ke negara ini dan menunjuk ajar rakyat Malaysia berkenaan hak asasi manusia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

“Sebenarnya kami tahu apa yang perlu dilakukan dan diharap rakyat Malaysia tidak meminta bantuan daripada mereka seperti dari AS untuk datang ke sini dan memberitahu kami apa yang perlu dilakukan.

Malaysia adalah sebuah negara berdaulat, jadi biarlah kami menangani hal ehwal dalaman kami dan memastikan kami melakukan yang terbaik untuk negara ini dalam isu hak asasi manusia,” beliau memberitahu wartawan selepas merasmikan Bazar Kebajikan Krismas 2014 Sarawak Society for Prevention of Animal Cruelty (SSPCA) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kritikan pelbagai pihak termasuk kenyataan daripada Naib Presiden AS Joe Biden dan Duta AS ke Malaysia Joseph Yun terhadap keputusan Malaysia mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Nancy berkata AS mempunyai beberapa isu yang perlu ditangani seperti bagaimana mereka mengendalikan isu kontroversi kem tahanan Guantanamo Bay yang dibangkitkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

“Buatlah apa yang kamu perlu lakukan untuk negara kamu dan biarlah kami memastikan negara kami melakukan yang terbaik jika ada yang tidak betul. Biarlah kami membincangkan perkara itu dan memastikan kami mematuhi kesemua undang-undang dan peraturan di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Nancy berkata ketika ini perbincangan mengenai cadangan penggubalan Akta Keharmonian Nasional tetap diteruskan biarpun setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Perhimpunan Agung UMNO bulan lepas bahawa Akta Hasutan 1948, dikekalkan.

“Setakat ini apa yang kita tahu Akta Keharmonian Nasional akan diteruskan. Status akta itu masih dalam perbincangan pihak-pihak bertanggungjawab dalam hal ini.

“Kita masih memerlukan Akta Keharmonian Nasional untuk menguatkan lagi keharmonian di kalangan masyarakat Malaysia ini,” katanya.

10805621_10152655321744998_8944317366853346171_n

]]>
http://www.umno-online.my/2014/12/07/malaysia-tidak-perlu-tunjuk-ajar-amerika-syarikat-dalam-tangani-isu-hak-asasi-nancy-2/feed/ 0
Kikis Sindrom ‘Aku Layak’ Dalam UMNO http://www.umno-online.my/2014/12/06/kikis-sindrom-aku-layak-dalam-umno/ http://www.umno-online.my/2014/12/06/kikis-sindrom-aku-layak-dalam-umno/#comments Sat, 06 Dec 2014 12:43:15 +0000 http://www.umno-online.my/?p=120997 KUALA LUMPUR, 6 Dis – Sindrom ‘aku layak’ dalam Umno perlu dikikis jika anggotanya serius mahu melihat parti itu terus maju, kata Timbalan Ketua Umno Bahagian Tangga Batu Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Abu Bakar, yang juga Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, berkata sindrom berkenaan jika wujud hanya membantutkan perkembangan Umno dan menghilangkan daya saing anggota parti untuk maju.

“Akhirnya bila gagal dapat apa yang mereka mahu, jawatan dan sebagainya yang mereka rasa mereka layak, mereka akan menyalahkan sistem dan hilang semangat untuk bersama-sama dalam perjuangan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara ke-14, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang juga pengerusi alumni kelab berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Abu Bakar mengingatkan anggota alumni supaya sentiasa ‘semak dan imbang’ dengan melihat semula objektif penubuhan alumni itu, antaranya untuk menyumbang tenaga dan kemahiran masing-masing yang diperoleh di luar negara untuk kemajuan parti.

Alumni berkenaan sehingga kini mempunyai kira-kira 1,500 anggota berdaftar daripada kesemua 81 kelab Umno yang ditubuhkan di seluruh dunia.

]]>
http://www.umno-online.my/2014/12/06/kikis-sindrom-aku-layak-dalam-umno/feed/ 0
MH17: Proses Urus Jenazah Masuk Fasa Akhir Sebelum Dihantar Balik http://www.umno-online.my/2014/08/19/mh17-proses-urus-jenazah-masuk-fasa-akhir-sebelum-dihantar-balik/ http://www.umno-online.my/2014/08/19/mh17-proses-urus-jenazah-masuk-fasa-akhir-sebelum-dihantar-balik/#comments Tue, 19 Aug 2014 02:50:06 +0000 http://www.umno-online.my/?p=110387 THE HAGUE, 19 Ogos – Persiapan menguruskan jenazah mangsa tragedy MH17 kini memasuki fasa akhir, kira-kira 60 jam lagi sebelum 22 jenazah itu dihantar pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, untuk disempurna dan dilengkapkan sebelum diserah kepada waris keluarga.

Ini kerana hanya tinggal beberapa jenazah sahaja lagi daripada jumlah tersebut yang masih perlu melalui proses pengurusan dan dokumentasi di Rumah Mayat Monuta, S-Gravanhage di sini.

Ini termasuk upacara membakar mahupun solat jenazah yang akan dibuat ketua agama masing-masing yang telah dilantik dan semua proses ini dijangka diselesaikan pada Selasa atau selewat-lewatnya petang Rabu.

Selesai proses tersebut, kerajaan Malaysia melalui kedutaan besar di sini akan memohon kelulusan kerajaan Belanda menyerahkan semua jenazah itu untuk dibawa balik.

Pada Khamis pagi, dijangkakan jenazah akan dibawa masuk ke dalam pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) dan akan disusun dalam kedudukan yang sangat tertib bagi menghormati jenazah tersebut sebelum pesawat berlepas pulang kira-kira pukul 2 petang.

Semalam, Dr Fauziah berkata tiada sebarang upacara rasmi bagi penyerahan jenazah kepada kerajaan Malaysia pada Khamis ini.

Katanya, apa yang akan berlaku nanti hanyalah proses biasa mengeluarkan jenazah dari rumah mayat untuk diserahkan kepada kerajaan Malaysia sebelum dibawa ke lapangan terbang untuk dihantar pulang ke tanah air.

Sementara itu, sambil menyifatkan proses tersebut akan terus berjalan lancer sehingga tiba di Kuala Lumpur, Dr Fauziah berkata adalah menjadi harapan dan keinginan kerajaan serta MAS untuk membantu dan memenuhi permintaan waris dalam pengurusan dan penghantaran pulang jenazah itu.

Menurutnya kedutaan juga akan mengibarkan bendera separuh tiang pada Khamis dan berkabung sehingga Jumaat sebagai tanda penghormatan terakhir kepada jenazah.

Beliau yang sudah enam tahun bertugas di negara yang terkenal dengan industri pelancongan itu berkata sokongan masyarakat tempatan dan asing terus dizahirkan setiap hari yang antara lain menguatkan semangat pihaknya dalam menguruskan jenazah tersebut.

Dr Fauziah berkata, sehingga kini ucapan takziah masih diterima melalui e-mel, surat, faks, selain bunga dan di buku takziah dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin antarabangsa dan orang kebiasaan.

“Kami juga bersyukur diberikan pasukan hebat tempatan dan mendapat kerjasama baik kerajaan Belanda dalam menjayakan proses pengurusan dan penghantaran pulang jenazah (kumpulan pertama) ini,” katanya.

Beliau berkata sebaik selesai sahaja proses penghantaran jenazah itu, pihaknya akan terus menunggu perkembangan dari kerajaan Belanda untuk jenazah lain (kumpulan kedua) yang dianggarkan masih 40 peratus lagi belum disempurnakan.

Menurutnya, selain itu, pihaknya akan memberi tumpuan kepada proses siasatan nahas pesawat itu yang dijalankan pakar perundangan Belanda dan Malaysia.

Dilaporkan sebanyak 22 jenazah mangsa tragedi MH17 akan dihantar pulang dari Netherlands pada Khamis dan dijangka tiba di tanah air pada pagi Jumaat seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Hari Perkabungan Negara.

Turut dilaporkan, penghantaran pulang jenazah merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat warganegara Malaysia dan seorang bukan warga Malaysia.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

]]>
http://www.umno-online.my/2014/08/19/mh17-proses-urus-jenazah-masuk-fasa-akhir-sebelum-dihantar-balik/feed/ 0
Pengurusan Ekonomi Negara Pada Tahap Terbaik – Najib http://www.umno-online.my/2014/08/18/pengurusan-ekonomi-negara-pada-tahap-terbaik-najib/ http://www.umno-online.my/2014/08/18/pengurusan-ekonomi-negara-pada-tahap-terbaik-najib/#comments Mon, 18 Aug 2014 12:23:19 +0000 http://www.umno-online.my/?p=110377 KUALA LUMPUR, 18 Ogos  – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengurusan ekonomi negara kini berada pada tahap terbaik memandangkan pertumbuhan ekonomi berkembang luar daripada jangkaan pada suku kedua.

Perdana Menteri berkata ekonomi negara mencatat kadar pertumbuhan 6.2 peratus pada suku pertama, dan pada suku kedua meningkat pada tahap 6.4 peratus.

“Ekonomi negara kita telah berkembang luar daripada jangkaan,” kata Najib ketika berucap pada Majlis Aidilfitri dan Pelancaran Program Pembangunan Usahawan Melayu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, di sini hari ini.

Najib berkata pertumbuhan ekonomi yang semakin baik ini didorong oleh peningkatan eksport yang meningkat kepada 14.2 peratus berbanding 10.8 peratus.

“Ini menunjukkan bahawa dari segi pengurusan ekonomi, kita berada pada kedudukan yang betul,” katanya.

Perdana Menteri berkata pertumbuhan ekonomi ini penting dan mesti diurus dengan baik supaya kerajaan dapat mengagih-agihkan kekayaan negara.

“Ia mesti berasaskan kepada pertumbuhan. Kalau tidak ada pertumbuhan, tidak ada pengagihan kekayaan yang saksama,” kata Najib.

Dalam usaha untuk terus membangunkan ekonomi negara, kerajaan berpandukan prinsip tersebut dan berkata agenda ekonomi Bumiputra merupakan agenda nasional negara dan mekanismenya ditentukan melalui Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).

Program yang telah dijalankan untuk membangunkan ekonomi Bumiputera termasuklah pembangunan vendor, skim usahawan permulaan Bumiputera (Superb), selain pengagihan kontrak tertentu seperti MRT.

“Ini bukanlah sebutan retorik, malah telah dilaksanakan dengan baik melalui Majlis Ekonomi Bumiputera bagi memastikan perlaksanaan yang berkesan,” katanya.

Najib turut menyarankan dewan ini dan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia bersama-sama beliau dalam lawatan ke luar negara, termasuk misi perdagangan dan  lawatan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan sentiasa menyokong program pembangunan usahawan yang dianjurkan oleh dewan ini, selain membincangkan  tentang peruntukan dan kaedah pelaksanaan yang berkesan.

Program Pembangunan Usahawan anjuran dewan yang dilancarkan oleh perdana menteri merupakan program yang akan dilaksanakan untuk memperkasa usahawan Melayu di seluruh negara melalui kaedah dalam talian.

]]>
http://www.umno-online.my/2014/08/18/pengurusan-ekonomi-negara-pada-tahap-terbaik-najib/feed/ 0
Tiga Wakil Misi Bantuan Kemanusiaan Memasuki Gaza http://www.umno-online.my/2014/08/18/tiga-wakil-misi-bantuan-kemanusiaan-memasuki-gaza/ http://www.umno-online.my/2014/08/18/tiga-wakil-misi-bantuan-kemanusiaan-memasuki-gaza/#comments Mon, 18 Aug 2014 08:43:20 +0000 http://www.umno-online.my/?p=110357 KAHERAH, 18 Ogos – Tiga wakil misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia(KP1M) ke Gaza selamat memasuki wilayah Palestin yang menjadi sasaran serangan Israel melalui pintu sempadan Rafah pada Isnin.

Mereka berbuat demikian pada kira-kira 10 pagi waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia) pada Isnin.

Maklumat itu disahkan Timbalan Presiden KP1M Datuk Mohd Farid Hassan.

Beliau berkata pergerakan mereka dari Qantara menuju ke Rafah pada Ahad menggunakan kereta perisai jenis Humvee turut diiringi dua kereta perisai berantai tentera Mesir.

Kumpulan itu merangkumi Presiden KP1M dan ketua misi berkenaan, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia Dr Anwar Al-Agha bertolak dari Qantara pada 2.30 petang Ahad.

Tujuh puluh lapan sukarelawan lain tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke Rafah atas faktor keselamatan dan diarahkan pulang ke Kaherah.

Arahan itu diberikan komander pos kawalan tentera di Qantara, yang terletak berhampiran Terusan Suez, selepas kira-kira lima jam konvoi berkenaan terkandas dan perbincangan diadakan.

Bagaimanapun, selepas kira-kira sejam bergerak dari Qantara, ketiga-tiga wakil misi berkenaan terpaksa berhenti dan bermalam di Al-Arish pada hari sama kerana dilaporkan berlaku kejadian tembak menembak sebelum dapat meneruskan perjalanan.

Misi yang turut disertai anggota Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia itu merancang mengagihkan kira-kira 5,000 kotak bekalan makanan kepada 25,000 warga Palestin serta menyampaikan bantuan perubatan kepada mangsa serangan Israel di Gaza.

Dilaporkan hampir 2,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza sejak 8 Julai lepas.

]]>
http://www.umno-online.my/2014/08/18/tiga-wakil-misi-bantuan-kemanusiaan-memasuki-gaza/feed/ 0
Hari Berkabung Negara: Rakyat Digesa Ketepikan Perbezaan Ideologi Politik http://www.umno-online.my/2014/08/18/hari-berkabung-negara-rakyat-digesa-ketepikan-perbezaan-ideologi-politik/ http://www.umno-online.my/2014/08/18/hari-berkabung-negara-rakyat-digesa-ketepikan-perbezaan-ideologi-politik/#comments Mon, 18 Aug 2014 05:00:07 +0000 http://www.umno-online.my/?p=110342 PETALING JAYA, 18 Ogos –  Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa rakyat Malaysia untuk mengetepikan perbezaan ideologi politik bagi menghormati Hari Berkabung Negara berikutan ketibaan mayat mangsa nahas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Jumaat ini.

“Saya menggesa sesiapa saja untuk mengetepikan segalanya – warna kulit, agama, politik – hanya untuk sehari. Marilah kita bersama-sama dan memberi penghormatan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa akan dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama akan dikebumikan di sini.

“Kumpulan kedua akan diterbangkan menggunakan dua pesawat C-130 dan lima helikopter Nuri untuk dikebumikan di negeri masing-masing. Pemimpin di negeri masing-masing akan menerima mayat sebaik tiba di sana.

“Setiap pesawat akan membawa satu mayat,” katanya.

]]>
http://www.umno-online.my/2014/08/18/hari-berkabung-negara-rakyat-digesa-ketepikan-perbezaan-ideologi-politik/feed/ 0
Anggota UMNO Perlu Terus Berusaha Memenangi Hati Rakyat – Mohd Shafie Apdal http://www.umno-online.my/2014/08/17/anggota-umno-perlu-terus-berusaha-memenangi-hati-rakyat-mohd-shafie-apdal/ http://www.umno-online.my/2014/08/17/anggota-umno-perlu-terus-berusaha-memenangi-hati-rakyat-mohd-shafie-apdal/#comments Sun, 17 Aug 2014 07:20:16 +0000 http://www.umno-online.my/?p=110334 KENINGAU, 17 Ogos – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan anggota parti supaya terus berusaha memenangi hati rakyat dan tidak mengambil mudah pergolakan yang melanda parti pembangkang.

“Kita perlu memastikan matlamat parti dapat dijayakan. Jangan parti lawan lemah, kita tidur lena dan tidak bekerja.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata perkembangan politik yang berlaku pada masa ini perlu dijadikan sebagai pendorong semangat kepada anggota parti untuk terus mengukuhkan UMNO.

UMNO tidak bergantung atas kelemahan parti lawan sebaliknya anggota parti perlu terus berusaha untuk berkhidmat dan memenangi hati rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Keningau dan Pensiangan di Dewan Masyarakat Keningau di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Yasin dan Ketua UMNO Bahagian Keningau Datuk Sairin Karno.

Mohd Shafie berkata kejayaan pada pilihan raya umum ke-14 akan datang diukur melalui usaha menyelesaikan dan mengurangkan bebanan rakyat di peringkat akar umbi.

Pemimpin parti harus mendekati rakyat dan sentiasa bersemangat untuk berkhidmat kepada rakyat bagi meningkatkan kekuatan parti itu, katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan media sosial untuk menghasut rakyat ketika negara dalam suasana sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.

Beliau berkata langkah drastik harus dilakukan bagi mengelakkan pemikiran rakyat terutama generasi muda terus diracuni dengan pelbagai perkara yang tidak benar.

Di majlis itu, beliau turut mengumumkan pembinaan 90 rumah bagi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Pensiangan, Keningau dan Tenom selain pembinaan sebuah Pusat Giat Mara di Pensiangan.

Mohd Shafie turut memberi jaminan pembentangan Belanjawan 2015 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat Sabah dan Sarawak. -MediaUMNO

]]>
http://www.umno-online.my/2014/08/17/anggota-umno-perlu-terus-berusaha-memenangi-hati-rakyat-mohd-shafie-apdal/feed/ 0
Pemimpin Sayap UMNO Diminta Tingkat Pengetahuan IT http://www.umno-online.my/2014/08/16/pemimpin-sayap-umno-diminta-tingkat-pengetahuan-it/ http://www.umno-online.my/2014/08/16/pemimpin-sayap-umno-diminta-tingkat-pengetahuan-it/#comments Sat, 16 Aug 2014 07:10:58 +0000 http://www.umno-online.my/?p=110322 PAPAR, 16 Ogos – Barisan kepimpinan sayap parti UMNO khususnya Bahagian Papar diminta meningkatkan pengetahuan dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) bagi menangkis sebarang bentuk tohmahan dan dakyah terhadap parti.

Ketua Bahagian Umno Papar Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, ini berikutan terdapat banyak penyalahgunaan dan penyebaran maklumat tidak tepat yang
mengelirukan rakyat dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter mahupun
Instragram.

“Usaha itu juga perlu bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan
Pergerakan Wanita dan Puteri Umno Papar di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Ghulam Khan Bahadar.

Abdul Rahim berkata pergerakan Pemuda dan Puteri juga perlu mencontohi kebijaksanaan dan kesabaran pucuk pimpinan parti dalam mengendalikan isu politik dan negara bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti utama di negara ini.

Menurutnya, setiap anggota parti juga perlu mempunyai ketahanan diri yang kuat terutama ketika berhadapan pelbagai situasi agar setiap isu yang timbul dapat diselesaikan dengan bijaksana.

Terdahulu, beliau meminta barisan kepimpinan dan anggota sayap parti khususnya Pemuda dan Puteri terus mempergiatkan program mendekati golongan muda untuk mendaftar sebagai anggota Umno.-MediaUMNO

]]>
http://www.umno-online.my/2014/08/16/pemimpin-sayap-umno-diminta-tingkat-pengetahuan-it/feed/ 0