Pemimpin Dan Parti Tidak Boleh Dipisahkan- Najib

GOPENG, 23 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti dan pemimpin tidak boleh dipisahkan. Beliau berkata justeru, jika seseorang pemimpin sering diburuk-burukkan, parti akan lemah. “Kalau kita perkuatkan pemimpin, kita akan perkuatkan parti. Bila parti kuat, kita akan berjaya dalam pilihan raya. “Oleh itu, inilah ramuan kejayaan kita,” katanya ketika berucap […]

Rakyat Tunjang, Keutamaan RMK11 – Najib

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Rakyat menjadi tunjang serta keutamaan dalam semua usaha pembangunan negara yang digarap dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi memacu negara dalam tempoh lima tahun terakhir menuju status negara maju pada 2020, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana menteri berkata RMK11 memberi tumpuan terhadap penyampaian hasil berimpak tinggi yang cepat […]

RMK11, ‘Final Lap’ Sebelum Malaysia Capai Status Negara Maju – Najib

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok merupakan ‘final lap’ kemaraan Malaysia mencapai status negara maju pada tahun 2020. “Inilah ‘final lap’ (pecutan) sebelum kita mencapai status negara maju seperti mana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020,” katanya dalam […]

Kutipan GST Akan Dipulangkan Kepada Rakyat – Najib

PUTRAJAYA, 19 Mei – Hasil tambahan negara yang dikutip melalui Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dipulangkan kepada rakyat dan butirannya akan dibentangkan dalam belanjawan akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana menteri yang juga menteri kewangan berkata menerusi cara itu, rakyat akan menerima bahawa langkah hasil kutipan cukai enam peratus yang berkuat […]

Desakan Letak Jawatan Membelakangi Kehendak Majoriti Ahli UMNO – Najib

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hakikat beliau adalah Presiden UMNO pertama yang dipilih melalui sistem yang lebih terbuka dan demokratik selepas pindaan perlembagaan parti, perlu dihormati kesemua anggota parti. Justeru, katanya desakan beberapa pihak untuk beliau melepaskan jawatan tidak wajar kerana ia membelakangkan kehendak majoriti anggota parti. “Sebagai presiden parti, […]

Labur Dalam Teknologi Jimat Kos, Inovasi – Najib

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Harga minyak yang kini rendah sewajarnya mendorong inovasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menggesa syarikat tenaga boleh baharu melabur untuk meningkatkan kaedah pengeluaran. Ini katanya akan menjadikan tenaga lebih murah dan lebih berdaya maju dari segi ekonomi dalam jangka panjang, sekali gus ia menarik apabila harga […]

Najib Jawab Isu, Tuduhan Terhadapnya Dan Kerajaan

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau dan kerajaan, termasuk mengenai kes Altantuya. Najib, dalam catatan terbaharunya di Twitter dan blog NajibRazak.com, berkata : “Saya telah meluangkan masa untuk melihat pelbagai soalan dan isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu, dan […]

Setiap Perdana Menteri Melakukan Yang Terbaik Untuk Negara – Najib

KLANG, 16 Mei – Setiap perdana menteri melakukan yang terbaik serta mempunyai jasa dan sumbangan buat negara pada zaman masing-masing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. “Apa yang penting, (ialah) untuk kita lakukan yang terbaik dalam zaman kita kerana sejarah akan menilai kita, dan saya berazam untuk melakukan terbaik untuk rakyat,” katanya pada […]

Sokongan Padu UMNO Johor Dilihat Peringatan Selesaikan Isu Rakyat – PM

JOHOR BAHARU, 16 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sokongan padu diberikan UMNO Johor terhadap kepimpinannya dilihat sebagai peringatan untuk beliau terus menyelesaikan isu rakyat dan negara secara berhemah dan bijaksana. Najib, yang juga Presiden UMNO berkata beliau melihat sokongan diberikan UMNO Johor bukan sokongan yang berbentuk membawa rebah tetapi memberi […]

BR1M, Cara Kerajaan Pindah Kekayaan Jangka Pendek Kepada Rakyat – Najib

JOHOR BAHARU, 16 Mei – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan bertujuan untuk memalaskan rakyat tetapi merupakan jaringan sosial rakyat dan cara kerajaan memindahkan kekayaan jangka pendek negara kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri menjelaskan niat kerajaan adalah untuk meringankan beban rakyat dalam menangani kenaikan kos sara hidup. “Ini bukan cadangan saya, […]



UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+