Sebarkan Cerita Bohong, Separa Bohong Berulang-ulang Kali Taktik Nazi

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Ruslan Kassim menegaskan bahawa pihak pembangkang sebenarnya menggunakan kaedah teori yang dipelopori oleh pakar propaganda nazi, Jozef Goebbels dalam usaha mereka untuk memburukkan pimpinan BN dan kerajaan sepertimana yang sedang berlaku hari ini. Menurut Ruslan, teori tersebut ialah dengan mengulangi cerita bohong atau separa bohong […]

Laporan Berbaur Fitnah Jejas Kredibiliti Negara Di Mata Dunia – Khairy

TAMPIN, 6 Julai –  Laporan berbaur fitnah terhadap kepimpinan  negara sudah pasti akan menjejaskan kredibiliti negara di mata dunia serta memudaratkan ekonomi negara, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata laporan yang membuat dakwaan tidak berasas terhadap pemimpin negara mesti mempunyai bukti dan kesahihan dan sekiranya tidak maka ia akan memberi kesan kepada politik tanah […]

Saya Tidak Akan Khianati Rakyat – Najib

SEMENYIH, 5 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa media antarabangsa menyeleweng hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) berjanji tidak akan mengkhianati rakyat Malaysia atau merampas harta mereka. Perdana Menteri berkata, walaupun menjadi mangsa media sosial, beliau tidak akan membenarkan situasi itu menggugat atau menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional. “Saya tidak akan khianati rakyat, […]

Tindakan Tegas Terhadap Pihak Cuba Mudaratkan Malaysia

PUTRAJAYA, 5 Julai – Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang terhadap individu yang cuba memudaratkan ekonomi dan proses demokrasi Malaysia. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberikan amaran itu berkata sejak beberapa bulan lepas, dilihat terdapat cubaan untuk menjejaskan keyakinan terhadap […]

Hishammuddin Minta Masyarakat Tidak Bertindak Melulu

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Masyarakat digesa supaya tidak bertindak melulu dan terus menghukum Datuk Seri Najib Tun Razak susulan dakwaan media antarabangsa terhadap perdana menteri berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menarik perhatian bahawa dakwaan yang dilemparkan itu hanya berdasarkan laporan media yang belum disahkan kebenarannya. Dalam […]

Dakwaan Palsu Adalah Sabotaj Politik Untuk Jatuhkan Saya Sebagai PM – Najib

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi bahawa dakwaan palsu terhadapnya merupakan sebahagian daripada kempen politik bersepadu untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik. Najib menegaskan beliau tidak pernah mengambil dana syarikat berkaitan kerajaan atau mana-mana entiti untuk kepentingan peribadi.   “Saya ingin menyatakan secara jelas: Saya tidak pernah […]

PM Wajar Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap WSJ – Ahmad Zahid

TELUK INTAN, 4 Julai – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sewajarnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) bagi membersihkan nama beliau dan imej negara. Beliau berkata ini kerana laporan WSJ yang mendakwa kira-kira RM2.6 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) […]

Dakwaan WSJ Tanpa Bukti Kukuh Tidak Boleh Diterima – Khairy

SIK, 3 Julai – Dakwaan oleh media antarabangsa Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh diterima kerana ia tidak disertakan dengan dokumen dan bukti yang kukuh, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, pendedahan oleh WSJ bahawa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun […]

Tolak Projek Perumahan Rakyat : Alasan Guan Eng Amat Memalukan Dan Hipokrit

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Pemuda UMNO negeri ini sedikit pun tidak terkejut dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung projek perumahan kos rendah kendalian 1Malaysia Development berhad (1MDB) di negeri terbabit. Ketuanya Rafizal Abdul Rahim berkata walaupun projek berkenaan adalah untuk manfaat dan kepentingan rakyat, sikap yang diterjemahkan oleh Guan Eng […]

Media Perlu Bertanggungjawab Bina Budaya Bangsa, Bukan Sarat Laporan Fitnah

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Peranan media sama ada media cetak dan eletronik perlu kembali kepada matlamat asal, iaitu membangunkan negara dan rakyat serta membina peradaban budaya bangsa, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. “Media harus kembali kepada peranan asalnya, lebih beretika dan mempunyai sikap tanggungjawab bersama untuk membina negara,”tegasnya. Beliau […]



UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+