BN Sabah Rangka Manifesto Depani PRN17, Bukan Janji Bulan Bintang – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 18 Mac – Barisan Nasional (BN) Sabah sedang merangka manifesto dan aku janji baharu bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 (PRN17). Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau telah menerima saranan daripada barisan tertinggi BN dan UMNO agar disediakan satu tawaran baharu untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada parti sempena menghadapi PRN17 akan datang. […]

» Read more

Kerajaan Negeri Diminta Noktahkan Kemiskinan Tegar Lapan Daerah Di Sabah

KOTA KINABALU, 15 Mac – Kerajaan negeri perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi mengeluarkan lapan daerah di Sabah yang kini berada dalam garis kemiskinan. Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, langkah yang lebih konkrit dan bersepadu perlu dilakukan oleh kerajaan negeri bagi menoktahkan lapan daerah iaitu Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Ranau, Lahad Datu dan termasuk […]

» Read more

Tuntutan AS$15 Bilion UTC Terhadap Sabah Membimbangkan

SHAH ALAM, 13 Mac – Tuntutan sebanyak AS$15 bilion (RM70.2 bilion) yang dikemukakan oleh United Tausug Citizens (UTC) ke atas Sabah perlu ditangani dengan segera oleh Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, hal itu kerana jumlah berkenaan menyamai 16 peratus belanjawan negara. “Malaysia baru-baru ini menghadapi tuntutan tidak berasas daripada […]

» Read more

Bung Moktar Harap GERAK 17 Dapat Beri Impak Besar Hadapi PRN Sabah Kelak

SANDAKAN, 11 Mac – Gerak kerja yang berstrategi dan bersistematik mampu mengembalikan kedudukan UMNO/Barisan Nasional (BN) sebagai peneraju kerajaan negeri Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Sebagai usaha untuk mengukuhkan kembali kedudukan UMNO sebagai parti yang telah memberikan sumbangan besar terhadap pembentukan Kerajaan Negeri Sabah selepas PRN ke-16 namun dinafikan, UMNO bangkit dan menyusun strategi untuk kemenangan dalam […]

» Read more

PRN Sabah Ke-17: UMNO/BN Sabah Hati-Hati Kerjasama Dengan Parti Lain, Enggan Pisang Berbuah Dua Kali

SANDAKAN, 11 Mac – Bagi menghindari ‘pisang berbuah kali’ UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengambil langkah lebih berhati-hati sebelum mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang. Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pengajaran sebelum ini menjadi iktibar apabila sumbangan serta jasa UMNO/BN bagi memastikan kerajaan negeri dapat dibentuk selepas […]

» Read more

GERAK 17: Bung Moktar Mahu UMNO Sabah Kembali Kukuh Di Persada Politik

TELUPID, 8 Mac – Jelajah Akar Umbi (GERAK 17) kepimpinan tertinggi UMNO Sabah yang diketuai oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin membuka tirainya dengan menjadikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telupid dan DUN Labuk di Beluran sebagai lokasi pertama ia diadakan. GERAK 17 ini bermula di kawasan zon lima yang akan diteruskan ke DUN Sekong, DUN Sungai Manila dan DUN […]

» Read more

Kerajaan Akan Laksana Kajian Penstabilan Harga Barangan Sabah, Sarawak Dan Labuan

PUTRAJAYA, 8 Mac – Jawatankuasa Penstabilan Harga Sabah, Sarawak Dan Wilayah Persekutuan Labuan, bersetuju untuk melaksanakan kajian penstabilan harga barangan dan perkhidmatan bagi ketiga-tiga wilayah itu. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu, dibuat dalam mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) […]

» Read more

Kerajaan Negeri Sabah Digesa Buat Persediaan Elak Krisis Air, Tolak Impak Negatif Kepada Rakyat – Jeffery Nor

KOTA KINABALU, 26 Feb – Kerajaan Negeri Sabah perlu membuat persediaan awal bagi menangani kriris bekalan air ekoran fenomena cuaca panas dan kekurangan hujan yang mula melanda negeri ini sejak awal Januari lepas. Pengerusi Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata persediaan awal ini penting bagi memastikan belakan air bersih mencukupi dan tidak membebankan rakyat di negeri ini […]

» Read more
1 2 3 343