Ahmad Zahid Yakin Johor Jadi Daya Tarikan Pelabur, Pelancong Dalam Tempoh Lima Tahun

  SIMPANG RENGGAM, 15 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Johor bakal menjadi daya tarikan bukan sahaja kepada pelabur bahkan pelancong dalam tempoh lima tahun ini. Bercakap ketika menyampaikan ucaptama sempena Majlis Santunan Kasih Ramadan pada petang Khamis, beliau berkata, silaturahim di antara Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan amat penting untuk menjaga keharmonian rakyat […]

» Read more

MB Johor Sambut Baik Pengumuman Insentif Kerajaan Pusat

SIMPANG RENGGAM, 15 Mac – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyambut baik pengumuman-pengumuman insentif oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri tersebut dan berhasrat untuk melaksanakannya sebaik mungkin bagi menyumbang kepada pembangunan rakyat. Jelasnya, Johor mengimpikan sebuah negeri yang maju menjelang pada tahun 2030 dan ia hanya akan dapat dicapai sekiranya kerajaan negeri bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan secara erat. “Pada […]

» Read more

Johor Negeri Pertama Santunan Kasih Ramadan, Ahmad Zahid Rai Warga Setempat

KLUANG, 14 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memulakan Majlis Santunan Kasih Ramadan bagi tahun 2024 ini di Negeri Johor dengan meraikan warga setempat. Beliau yang juga Presiden UMNO hadir ke majlis yang bermula kira-kira pukul 6 petang di Masjid Jamek Layang-Layang, Kluang. Majlis iftar tersebut berlangsung dalam […]

» Read more

Aznan Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Penerangan Johor, Tekad Pikul Tanggungjawab Sebaiknya

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di atas pelantikan beliau dalam jawatan tersebut. “Syukur Alhamdulillah atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menggalas jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor. “Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri […]

» Read more

Aznan Sedia Pikul Tanggungjawab Sebagai Exco Pendidikan Dan Penerangan Johor

JOHOR BAHRU, 14 Feb – Pemerkasaan institusi pendidikan di negeri ini menjadi fokus utama diberikan perhatian Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor yang baharu Aznan Tamin. Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tanjung Surat memaklumkan fokus berkenaan juga merupakan keutamaan Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Justeru, Presiden Majlis Belia Negeri […]

» Read more
1 2 3 381