Perutusan Setiausaha Agung UMNO

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t, atas segala nikmat dan kekuatan yang telah diberikan kepada kita dan semua warga UMNO kerana kita terus kukuh dalam mengekalkan kesinambungan parti yang menjadi warisan dari generasi kepimpinan terdahulu.

Kita telah bersama-sama mengharungi pahit getir yang menguji kekuatan dan kerukunan kita dalam satu organisasi, secara tidak langsung menjadi satu kesatuan kepada bangsa Melayu untuk membangun, maju dan mencapai kecemerlangan dalam pelbagai arena.

Peredaran masa membawa bersama pelbagai tuntutan dan cabaran baru terhadap parti ini. Kita sentiasa mempunyai keupayaan dan kekuatan untuk berdepan dengan pelbagai cabaran seiring dengan rintangan yang telah kita hadapi dalam satu jarak waktu yang lampau.

Pengaruh globalisasi, liberalisasi dan perkembangan dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi ke atas segenap aspek kehidupan kita sekarang sangatlah ketara.

Justeru, laman rasmi UMNO iaitu www.umno-online ini akan menjadi wadah kepada ahli-ahli dan masyarakat amnya sebagai sumber maklumat untuk mengetahui perkembangan semasa dengan pantas, lengkap dan padat.

perjuangan UMNO perlu diteruskan dan nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini perlu diwariskan kepada generasi akan datang serta hasrat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sentiasa menghargai semangat perjuangan dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dapat.

Lantaran itu, diharap juga maklumat yang terkandung di dalam web ini akan menjadi wadah kepada generasi muda dalam menyingkap dan menelusuri rentetan perjuangan UMNO dan sejarah kemerdekaan Malaysia.

Selamat melayari laman web UMNO.Org dan UMNO-Online ini di mana kini segalanya menjadi lebih mudah hanya dihujung jari anda.

‘ Informasi Merentas Masa’

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor




Kemaskini 24 June 2009 1:48 AM