Lebih 7 Juta Penduduk Terima Vaksin Setakat Semalam – Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Sejak pelaksanaannya hingga semalam, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menyaksikan 7,039,072 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Sebanyak 215,968 suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.

Dr Adham berkata daripada jumlah suntikan vaksin yang diberikan semalam, 148, 380 merupakan dos pertama manakala 67,588 adalah suntikan dos kedua, pelengkap vaksinasi.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan penerimaan dua dos vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 262,635, diikuti Sarawak (202,741), Johor (201,340), Perak (181,545) dan Kuala Lumpur (170,594). – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.