COVID: Malaysia Catat 7,289 Kes Baharu, Jumlah Tertinggi Setakat Ini

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus melonjak kepada 7,289 kes dalam tempoh 24 jam, angka tertinggi sejak pandemik itu dikesan di negara ini pada Januari tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan, Selangor kekal negeri mencatat kes harian tertinggi dengan 2,642 kes, diikuti Johor (664), Kuala Lumpur (604), Sarawak (513 dan Kelantan (425).

Selain itu, Negeri Sembilan (410), Pulau Pinang (380), Kedah (336), Terengganu (268), Sabah (266), Melaka (258), Perak (218), Pahang (211), Labuan (63), Putrajaya (23) dan Perlis sebanyak lapan kes.

Kes harian tertinggi negara sebelum ini dicatat pada 23 Mei lepas dengan 6,976 kes. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.