20 Fakta Menarik : Apa Yang Menteri Besar Perak Buat Untuk Bantu Rakyat Hadapi COVID-19?

Apa yang Menteri Besar Negeri Perak buat untuk bantu rakyat hadapi COVID-19?

20 Fakta Menarik untuk anda.

1) Februari 2021: Selepas dimaklumkan banyak pelajar berdepan kesukaran sepanjang PKP 1.0, Dato’ Saarani luluskan peruntukan RM2.71 juta untuk sediakan makanan percuma kepada lebih 37,000 calon peperiksaan melalui program Tuisyen Cikgu Saarani.

2) Februari 2021: Selepas mendengar taklimat dalam sesi turun padang di Taiping Perak – kawasan terjejas COVID – Dato’ Saarani luluskan peruntukan RM115,800 untuk pembelian peralatan kepada Penjara Negeri Perak. Ketika itu, Kluster Penjara menjadi penyumbang peningkatan kes COVID sehingga merebak kepada ahli keluarga dan kakitangan.

3) Februari 2021: Kepada Frontliner, Menteri Besar Perak juga meluluskan peruntukan bagi pembelian kelengkapan Thermal imaging screening system RM6,000.00 kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping pada 12 Februari 2021

4) Februari 2021: Ketika meninjau pelaksanaan PKPD di Felda Lasah, Menteri Besar Perak telah meluluskan RM10,000.00 untuk Program Khidmat Masyarakat di Felda Lasah khusus untuk membantu keluarga yang terjejas.

5) Februari 2021: Susulan pelaksanaan PKPD di Gerik, Menteri Besar telah meluluskan sumbangan kerja-kerja kecemasan memasang dinding penghadang dan lain–lain kemudahan penting di Hospital Gerik yang menelan kos sebanyak RM 46,000.00

6) Februari 2021: YAB Menteri Besar yang meninjau oprasi PKPD di Gerik telah meluluskan sebanyak RM 43,700 kepada PPD Hulu Perak untuk pembelian Smart TV, Capaian Internet dan Laptop bagi kemudahan PdPR kepada guru dan pelajar yang dikuaratin ketika PKPD.

7) Peruntukan sebanyak RM33,325 kepada MKN Perak untuk membantu melicinkan operasi termasuk pegawai penugasan semula secara sementara dalam tempoh darurat.

8) April 2021: Kerajaan negeri juga telah memberi bantuan dana bagi bantuan pandemik COVID-19 kepada golongan B40 DUN Chenderoh RM25,000.00.

9) Sumbangan pasca COVID-19 sekitar DUN Changkat Jering RM 20,000.00 pada 15 April 2021

10) YAB Menteri besar turut menyalurkan sumbangan Rm40,200.00 komputer riba serta makanan kering untuk Petugas PPV Kinta

11) Berikutan peningkatan jangkitan COVID-19 di Hulu Perak, Menteri Besar MB telah memberi Bantuan Dana Bagi Alat Kelengkapan Pusat Vaksinasi COVID-19 Daerah Kecil Lenggong pada 28 April 2021 sebanyak RM15,116.00

12) Menteri Besar umum peruntukan RM300,000 melalui Program Kesejahteraan Rakyat bagi membantu keluarga yang ditimpa malang terutamanya ketika musim COVID-19 termasuk mereka yang terkesan akibat bencana ribut.

13)Pembayaran pampasan hampir RM30,000 kepada lebih 50 peniaga yang terkesan akibat pembatalan Bazar Aidilfitri yang sepatutnya diadakan menjelang hari raya

14) Menteri Besar Perak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM6,084,000 bagi tujuan penyediaan makan minum petugas di 13 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh Negeri Perak

15) Sumbangan Dana Bekalan Pelitup Muka Dan Hand Sanitizer DUN Rungkup sebanyak RM 20,000.00.

16) Ketika Mengadakan lawatan ke Kawasan PKPD di Gerik, YAB Menteri Besar telah meluluskan RM30,000 untuk membendung wabak COVID-19 di Daerah Kecil Pengkalan Hulu dan juga telah menyalurkan sebanyak RM 10,000.00 kepada MRSM Pengkalan Hulu yang terkesan dengan PKPD.

17) BANTUAN TELEFON PINTAR DAN SIMKAD PERCUMA
-20,000 pelajar dari kumpulan B40 bagi membolehkan mereka mengikuti Pembelajaran dan Pelajaran di rumah (PdPr)
– kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan YTL Foundation.

18) Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan pemberian diskaun air secara bersasar kepada pelanggan-pelanggan Perniagaan/Industri yang terkesan susulan wabak COVID-19 pada tahun 2021. Diskaun ini melibatkan RM1.05 juta.

19) DISKAUN AIR SECARA BERTERUSAN
– diberikan kepada pelanggan air domestik iaitu pemberian air percuma sebanyak 25 m3 sebulan kepada golongan sasar iaitu rakyat miskin.
– penurunan tarif air melalui pemberian diskaun kepada semua pelanggan domestik pada kadar 10% bagi penggunaan 20 m3 pertama sebulan yang melibatkan anggaran jumlah diskaun sebanyak RM9.2 juta setahun.

YAB Menteri Besar telah memperuntukan RM1.2 juta kepada rakyat di empat daerah terlibat dalam PKPd melalui 4 PDT yang untuk memberi bekalan makanan kepada rakyat dengan pecahan berikut:
PDT KINTA RM400k
PDT LMS RM400k
PDT HULU PERAK RM200k
PDT MUALLIM RM200k.

#BN4Perak
#BNCommsPerak
#PeneranganPerak

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.