Sambung Yang Tergendala Lembaran Baharu Buat Anak Muda – Suzmaniza

SUNGAI SIPUT, 8 April – Sambung Yang Tergendala yang dibentangkan baru-baru ini oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan membawa satu lembaran baharu kepada golongan muda, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak Suzmaniza Sulaiman.

Beliau malah menyambut baik idea-idea yang dikemukakan terutama sekali apabila membabitkan peluang pekerjaan.

“Ini satu inisiatif yang terbaik yang mana kita tahu jaminan pekerjaan ini sangat penting untuk ketika ini.

“Bagaimana golongan muda terutama yang baru habis belajar semestinya memikirkan peluang-peluang pekerjaan untuk mereka,” katanya.

Tambah Suzmaniza, situasi lebih membimbangkan apabila dengan keadaan ekonomi yang mencabar akibat penularan pandemik COVID-19.

Katanya, ianya turut sama memberi kesan kepada individu yang dibuang kerja ekoran pendapatan syarikat terjejas malah ada yang terpaksa melakukan penutupan operasi.

“Ramai yang telah hilang pekerjaan dengan anak-anak muda lepasan daripada universiti masih menganggur.

“Dalam jangka masa yang lama mungkin ini salah satu inisitaif yang boleh kita laksanakan.

“Kita bukan menabur janji tapi kita hadirkan dengan pelbagai orang kata dasar dan juga pelan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Ini memang antara inisiatif yang terbaik,” katanya ditemui selepas pengenalan Sambung Yang Tergendala yang
berlangsung di Hotel MH Sungai Siput di sini baru-baru ini. –UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.