Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota Timbalan Presiden UMNO

Calon Diperingat Supaya Patuhi Kod Etika Pemilihan UMNO

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Lembaga Disiplin UMNO telah diarah untuk mengingatkan semua anggota perwakilan dan calon parti supaya mematuhi ‘kod etika pemilihan’ pada pemilihan parti bulan depan.

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua calon yang bertanding perlu memastikan mereka tidak melanggar etika yang ditetapkan kerana mereka akan dikenakan tindakan disiplin jika didapati bersalah.

muhyiddin-najib-umno-parti-terkuat-pru13-mesyuarat-majlis-tertinggi-mei-2013

Peringatan itu penting memandangkan banyak calon pada pemilihan kali ini merupakan muka baharu, katanya kepada wartawan selepas merasmikan Persidangan Undang-Undang Persaingan yang pertama di sini hari ini.

“Saya telah meminta Pengerusi Lembaga Disiplin Tengku Tan Sri Ahmad Rithaudeen untuk memaklumkan secara lebih terperinci apa yang tersenarai dalam etika pemilihan parti (kepada para calon),” katanya.

Timbalan perdana menteri turut menegaskan supaya semua calon menjalankan kempen dan pemilihan mengikut peraturan dan bertertib.

Kod etika pemilihan UMNO yang mula dilaksanakan pada pemilihan parti 2009 antara lain memberi penekanan berhubung rasuah politik yang disenaraikan sebagai kesalahan besar, selain kesalahan menfitnah pihak lawan.

Muhyiddin berkata calon yang bertanding, yang masih samar-samar mengenai kod etika dan peraturan pemilihan parti, perlu merujuk kepada Lembaga Disiplin untuk mendapatkan pemahaman yang lebih lanjut mengenai isu berbangkit.

Ini kerana calon yang melanggar kod etika pemilihan boleh dihadapkan ke Lembaga Disiplin, dan berisiko menghadapi keputusan pemilihan mereka dibatalkan jika memenangi sesuatu jawatan, katanya.

Mengenai tindakan banyak calon yang menarik diri daripada pertandingan semasa tempoh ‘bertenang’ yang berakhir semalam, beliau berkata ia merupakan keputusan calon terlibat dan amalan itu dibenarkan.

” Mungkin kerana selepas menyerahkan borang, baru mereka tahu siapa yang bertanding, dan mereka memutuskan untuk menarik diri upaya memberi laluan kepada calon lain yang mereka lihat lebih kuat, berpengalaman dan berwibawa,” katanya.



Berita Bertarikh 25 September 2013 12:38 pm






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+

PageRank Checker