Kategori Eksklusif

Pemilihan UMNO, Aturan dan Kaedah Pemilihan

Menjelang pemilihan UMNO yang bakal berlangsung pada September dan Oktober ini, Ibu Pejabat UMNO telah mengeluarkan surat pekeliling kepada UMNO Bahagian berkaitan butiran dan kaedah pelaksanaannya agar ia dapat difahami dan pelaksanaannya berlangsung lancar.

Berikut adalah surat pekeliling yang dikeluarkan:

SURAT PEKELILING IBU PEJABAT BIL : 02/13

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang pada 26 Julai 2013 telah memutuskan perkara-perkara seperti berikut:

2.1 ATURAN KAEDAH PEMILIHAN DAN BORANG PENDAFTARAN

2.1.1 Kaedah pemilihan akan diadakan secara serentak di semua 191 Bahagian

2.1.2 Borang pendaftaran akan diagihkan seminggu lebih awal oleh Ibu Pejabat

2.1.3 Borang tersebut hendaklah diserahkan di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing dan perlu disertakan nama wakil calon serta mendapat pengesahan kelayakan bertanding daripada pihak Bahagian

2.2 TARIKH PENDAFTARAN CALON

2.2.1 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan sama ada di peringkat Ahli Majlis Tertinggi, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia, peringkat Jawatankuasa Bahagian dan peringkat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian ditetapkan pada 7 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing.

2.3 MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO BAHAGIAN

2.3.1 Tarikh mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian diadakan serentak pada 28 September 2013 (Sabtu).

2.4 PEMILIHAN EXCO PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MALAYSIA

2.4.1 Tarikh pemilihan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia diadakan serentak pada 28 September 2013 (Sabtu).

2.5 MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN BAHAGIAN

2.5.1 Tarikh Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan di peringkat Bahagian diadakan serentak pada 5 Oktober 2013 (Sabtu).

2.6 PEMILIHAN AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN WAKIL BAHAGIAN KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013

2.6.1 Tarikh Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dan Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO 2013 diadakan serentak pada 5 Oktober 2013 (Sabtu).

2.7 LAIN-LAIN PERKARA

2.7.1 Notis Persidangan

• Notis Persidangan bertulis perlulah dikeluarkan kepada ahli yang layak menghadiri Persidangan selaras Perkara 6 Peraturan Persidangan dan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, bunting dan banner serta sistem pesanan ringkas (SMS) adalah DIBENARKAN sebagai dokumen sokongan kepada kaedah sedia ada sebelum ini

2.7.2 Tempoh Bantahan Persidangan

• Tempoh bantahan Persidangan disemua peringkat sekiranya ada perlulah dibuat dalam tempoh masa 3 hari selepas Persidangan diadakan

2.7.3 Had Umur Kelayakan Bertanding

• Bagi mana-mana Ahli Pergerakan Pemuda yang lahir pada tahun 1973 adalah LAYAK bertanding sebarang jawatan didalam Pergerakan Pemuda.

2.7.4 Cukup Bilang (Korum) Persidangan

• Cukup Bilang (Korum) Persidangan adalah ¼ daripada jumlah wakil-wakil atau ahli yang berhak hadir selaras Fasal 11.1 Peraturan Persidangan. Jika tidak ada ¼ bilangan Korum, Pengerusi boleh menangguhkan persidangan selama 1 jam dan jika masih tidak cukup bilang (Korum) maka bolehlah merujuk kepada Perlembagaan.
• Bagi Pergerakan Sayap-sayap, bilangan cukup bilang adalah seramai 11 orang memandangkan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap adalah terkecuali serta had umur bagi Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dibenarkan melebihi umur 40 tahun yang terdiri daripada Ahli Pergerakan dalam tempoh penggal berkenaan dan terpakai disemua peringkat.

2.7.5 Makluman pengoperasian Call-centre Ibu Pejabat

• Mana-mana Ahli yang ingin mendapatkan sebarang maklumat berkaitan pemilihan bolehlah menghubungi talian bebas tol 1800-22-8666 bermula 1 September 2013

2.7.6 Larangan-larangan semasa tahun pemilihan

• Larangan-larangan semasa tahun pemilihan adalah terpakai sepertimana yang terkandung di dalam Tataetika Ahli

2.7.7 Cawangan Yang Kurang daripada 50 ahli di negeri Sabah

• Bagi Cawangan-cawangan di negeri Sabah yang kurang 50 Ahli didalam Cawangan tersebut perlulah menggunapakai kaedah yang ditetapkan terdahulu.

3. Sekian dimaklumkan, semoga segala keputusan di atas akan diambil tindakan sewajarnya oleh Yang Berhormat/ Yang Berbahagia.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR



Berita Bertarikh 6 August 2013 1:35 pm






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+

PageRank Checker