Nantikan Khamis Ini Segmen Wawancara CePumas Bersama Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Saksikan esok, Khamis Segmen Wawancara CePumas yang akan membawakan tokoh UMNO yang tidak asing lagi, juga selaku Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa yang akan diwawancara sendiri Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Menerusi segmen baharu terbitan Penerangan UMNO Malaysia (Pumas), CePumas  bakal membawa kelainan dan juga perubahan tersendiri dengan konsep bertanyakan soalan depan-depan dan memberi ruang kepada tetamu untuk menjelaskan secara panjang lebar.

Annuar yang juga Setiasaha Agung Bersama Muafakat Nasional sebelum ini seringkali menjadi tumpuan dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan dan adakalanya menimbulkan pelbagai persolan.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Ketereh merupakan tokoh dalam UMNO yang tidak kurang jasa dan pengalaman.

Barangkali ada hujah dan perspektif yang boleh dikongsi.

Justeru nantikan esok pada jam 9.00 malam menerusi secara langsung di Facebook UMNO-Online.

Selain CePumas yang merupakan produk terkini, terdapat dua lagi program iaitu Pumas 5@5 yang bersiaran setiap hari jam 5.00 petang dengan membawakan lima laporan harian manakala Pumas200 pula berkaitan ulasan isu politik semasa. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.