Kategori Suara Bloggers

Bangkang Dari Longkang : Rilekslah Bang Salleh, Usah Layan Kerja Budak-budak

Terkejut juga dengar cerita penghibur terkenal Salleh Yaakub membuat keputusan menarik diri dari dunia hiburan hanya kerana lakonan berkesannya dalam cerita pendek Bangkang Dari Longkang yang tersebar di Youtube sekarang mendapat kritikan penyokong pembangkang.

Budak-budak pembangkang ni bodoh, apa diambil pusing sangat cakap depa tu, bukan ada kesan apa pun.

Lagipun, inikan negara demokrasi, suka hatilah artis nak sokong mana parti atau nak berlakon dalam apa sketsa pun, asal saja tidak melanggar undang-undang negara.

Yang abang Salleh dengar sangat cakap budak-budak tu buat apa? Depa tu bukan ada otak pun. Kalau artis sokong depa, bukan main lagi sanjung dan puji, siap letak gelar-gelaran yang baik-baik lagi. Kalau yang agak-agak tak sokong tu, cepat saja nak maki.

So, jelas sangatlah tindakan seumpama ini hanya kebudak-budakan saja. Apa nak ambik pusing sangat abang Salleh ooi….

Penulis rasa, sia-sia saja bakat yang hebat tu dikorbankan kerana tekanan yang tidak seberapa macam ini. Itukan cara abang Salleh cari rezeki, apa yang nak ambil berat sangat? Hanya sebab depa terasa abang Salleh ambil keputusan nak berundur diri dari dunia hiburan ke?

Ramai lagi artis yang terlibat dengan Bangkang dari Longkang tu, takde pulak penulis lihat mereka ni tertekan dengan lakonan mereka dalam sketsa tersebut!!

Selain dari Bangkang Dari Longkang inipun, berapa ramai yang declare mereka sebagai ahli UMNO, apa tak terjejas pun pendapatan mereka disebabkan itu? Apatah lagi dalam sketsa ni, bukan ada sebut mana-mana parti politik pun.

Sebetulnya, budak-budak ini terasa sebab lakonan abang Salleh tu memang ada kesan. Mana mereka tak sakit hati, kebenaran datang depan mata. Pemimpin depa janji macam-macam, tapi buatnya satu atau dua saja, itupun bukan semua merasa.

Sebab itu depa angin!! Ini belum jadi kerajaan pun, dah pandai nak boikot dan tekan orang yang tidak sependapat dengan diaorang, kalau dah jadi kerajaan agaknya, mahu wujud concentration camp masa zaman Nazi dulu.

Benda macam ni biasalah abang Salleh, budak-budak punya kerja pun. Yang abang Salleh nak ikutkan sangat tu buat apa?

mykmu.net



Berita Bertarikh 1 March 2013 9:31 pm






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+

PageRank Checker