Kenapa Shafie Digelar ‘Bapa Pengumuman’? Sebab Kerja Dia Cuma Janji Dan Rasmi…

 

SANDAKAN, 16 Sept – “Kenapa Shafie Apdal digelar ‘bapa pengumuman’? Sebab kerja dia cuma janji dan rasmi tapi satu pun janji tidak ditunaikan. Rasmipun semua usaha dari Barisan Nasional (BN) punya dulu,” ujar Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik Jaffari Waliam.

Jelas beliau, itulah antara sebab mengapa dirinya mengambil keputusan tidak menyokong Warisan dan keluar dari PKR.

“Kenapa saya tidak menyokong Warisan? Sebab Warisan suka janji bulan dan bintang tapi tidak tunaikan. Macam baru-baru ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Shafie menjanjikan bantuan untuk B40 tapi satu pun tidak bagi. Ramai yang marah dengan janji Shafie.

“Sebelum PKP dia janjikan kilang perabot, mana kilang perabot itu? Kedua, janji kilang kaca yang mahu dibina di Sabah, mana kilang kaca? Janji kilang minyak, mana kilang minyak yang dibangunkan di Sabah? Tiada…

“Ini satu penipuan, jadi saya minta rakyat Sabah kena pastikan PN (Perikatan Nasional) dan BN menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ini. Jangan tersalah undi lagi, undi yang sehaluan dengan Persekutuan,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Jaffari yang juga bekas Ketua Cabang PKR Libaran, Shafie sebagai Ketua Menteri dan Menteri Kewangan seharusya tidak mempunyai masalah dalam membangun dan membantu rakyat Sabah kerana kepimpinan BN dahulu meninggalkan rizab kewangan yang cukup banyak.

“Saya tahu kerana saya adalah ADUN yang dilantik. Saya memang tahu sangat pentadbiran Warisan, dua tahun enam bulan tiada kemajuan yang dilakukan oleh Warisan di Sabah.

“Sebagai Ketua Menteri, bukan alasan kononnya dua tahun enam bulan adalah masa yang singkat untuk bangunkan Sabah. Dia adalah Ketua Menteri, Menteri Kewangan… dia ada kuasa. Dia boleh tarik pelabur ke Sabah tapi apa yang dia buat? Kerja dia potong reben, rasmikan semua yang dibangunkan oleh kerajaan BN dulu. Seperti bangunan yang dia duduk sekarang di Kota Kinabalu, semua hasil kerajaan BN.

“PKP juga adalah contoh terbaik menunjukkan Warisan gagal. Kalau betul dia mahu bantu, dia boleh bantu. Musa aman tinggalkan rizab yang tinggi, mana itu duit… jadi jangan termakan janji Warisan lagi, jangan tertipu. Sabah ubah…Sabah ubah, apa yang dia ubah? Salah ubah…jadi kita kena ubah balik,” tegas beliau. – UMNO ONLINE

Oleh: Azlina Rosdy

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.