Kategori Presiden UMNO Utama

UMNO Pemangkin Transformasi, Bukan Lagi Parti Luar Bandar

KUALA LUMPUR, 30 Nov. – UMNO bukan lagi parti luar bandar atau untuk orang kampung semata-mata kerana transformasi yang dilaksanakan telah membawa keseluruhan masyarakat dan negara ini menyerlah dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa.

Presidennya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menekankan bahawa UMNO adalah ‘parti massa’ iaitu sesuai sepanjang zaman dalam apa jua keadaan dengan menjuarai setiap perubahan.

“Sebagai sebuah parti yang mempunyai kuasa, kita mesti tahu bagaimana untuk mengadaptasikan persekitaran dengan membawa UMNO yang telah terlalu banyak jasanya kepada agama, bangsa dan negara melalui perubahan demografi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan bersama para pelajar luar negara yang menjadi perwakilan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

“UMNO hari ini bukan lagi layak digelar parti luar bandar kerana ia telah melakukan transformasi dan ianya dibuat selaras dengan perubahan yang mana parti ini perlu mewakili masyarakat keseluruhannya termasuklah orang-orang di bandar juga.

“UMNO tidak boleh dilihat kepada golongan tertentu saja apatah lagi sekiranya ada sekatan sehinggakan mereka yang merasa kecewa beralih kepada pihak lain.”

Jelasnya, untuk melihat sejauhmanakah UMNO memberi perubahan perlu direalitikan melalui jalinan yang dibuat dengan semua peringkat khususnya golongan muda.

“Sokongan terhadap UMNO semakin bertambah termasuklah golongan muda semata-mata mereka mahu mengetahui apakah agenda parti ini justeru UMNO perlu membuka pintu dengan mengadakan pertemuan dan hubungan akrab dengan semua pihak,” katanya.

Tambah beliau lagi, pendekatan yang lebih besar dilaksanakan dengan melibatkan UMNO sepenuhnya dalam pelbagai info dan maklumat sama ada di dalam dan di luar negara.

“Kita tidak boleh membenarkan sebarang eksploitasi oleh pembangkang sebagaimana mereka menggunakan himpunan Bersih sebagai agenda memburukkan negara sama ada di dalam dan di luar negara.”

Oleh itu, katanya, UMNO perlu menjadi katalis (pemangkin)yang akan mendahului apa saja perkara dalam masyarakat sehinggakan tidak ada yang mempersoalkannya apatah lagi untuk menentang lantaran agendanya yang jelas. – MediaUMNO






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]


PageRank Checker