Kategori Berita Pilihan

Rumah Terbuka Aidilfitri Landasan Penting Kukuh Perpaduan Rakyat: Shafie

Semporna, 22 Ogos — Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri setiap tahun adalah landasan penting bagi memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Beliau berkata melalui majlis rumah terbuka, rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan boleh memupuk semangat persefahaman serta saling menghormati budaya dan amalan masing-masing.

“Saya harap semangat dan amalan majlis rumah terbuka seperti ini dapat diterapkan dalam kalangan generasi muda demi mengukuhkan ikatan perpaduan rakyat di negara ini,” kata Anggota Parlimen Semporna itu kepada pemberita pada majlis rumah terbuka beliau di sini, semalam.

Ribuan rakyat termasuk dari Tawau, Kunak, Lahad Datu, Sandakan dan Kota Kinabalu menghadiri majllis itu.


Berita Bertarikh Pada 22 August 2012 11:15 AM