KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Tindakan pemimpin pembangkang yang menjadikan UMNO sebagai sasaran berhubung kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah, adalah satu lumrah biasa dan bukanlah mengejutkan.
Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata apa yang menghairankan Pengerusi DAP, Karpal Singh masih lagi menjadi ’sahabat seperjuangan’ kepada Pas sedangkan pemimpin tersebut cukup lantang menolak hudud dan negara Islam.
Menurut beliau perkara tersebut menimbullkan seribu satu persoalan kepada masyarakat umum kerana pemimpin Pas seolah-olah tidak berani untuk menegur atau sekurang-kurangnya mempertahankan pendirian mereka apabila berdepan dengan sekutu mereka itu.
“Yang menjadi kelakarnya pula UMNO dijadikan sasaran dalam usaha menutup kegagalan mereka dalam isu tersebut…Takkanlah nak mengampu sampai begitu sekali…Saya percaya pemimpin Pas bukan begitu tetapi tidak tahulah pula dalam keadaan menjelang pilihan raya umum, kemungkinannya ada.
“Inilah yang harus rakyat tengok dan nilai bagaimana hipokritnya pemimpin Pas dalam memperjuangkan apa yang mereka dendangkan di dalam ceramah mereka…Kata nak buat Negara Islam dan Hudud tetapi apabila berdepan Karpal Singh seolah-olah ‘no point’,” katanya.
Tambah Ustaz Afandi lagi Pas perlu sedar dan tahu segala tindak tanduk mereka telah diketahui umum dan sewajarnya pemimpin pas bermuhasabah dan menilai semula segala apa yang mereka lakukan.
“Tengoklah dalam isu hudud dan Negara Islam ini….Sejauh mana benarnya Pas dan sejauh mana kentalnya Pas dalam memperjuangkan hakikat berkenaan. Cuma yang kita selalu dengar dan tahu sikit-sikit kaitkan UMNO…paling tidak pun kaitkan UMNO…apa lagi kalau itu yang kita selalu dengar.
“Sedangkan saya percaya ramai diluar sana yang ingin tahu dan mendapatkan penjelasan sebenar berhubung perkara tersebut. DAP kata tidak mahu dan Pas pula mahu tetapi tidak nampak pula sejauh mana kemahuan mereka itu. Apa pun tepuk dada tanya iman,” katanya. – MediaUMNO