Kategori Dari Bahagian

Semangat Patriotisme Penting Di Semai Dalam Jiwa Generasi Muda

TENOM, 2 Ogos – Usaha kerajaan untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan generasi muda pada hari ini dijangka dapat menyedarkan mereka betapa pentingnya semangat tersebut bagi mengharungi cabaran yang akan datang.

Ecxo Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , Jamawi Jaafar berkata, semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia dewasa ini terutamanya generasi muda tidak boleh dibiarkan terus luntur dan layu yang memungkinkan mereka tidak mempunyai daya tahan yang tinggi bagi mengelakkan diri daripada menerima hasutan anasir luar.

Menurutnya, generasi yang ada pada hari ini merupakan generasi ketiga yang hanya menikmati kesenangan dan kemudahan hasil dari perjuangan pemimpin dan rakyat terdahulu.

“Generasi pertama dan kedua merupakan golongan yang memperjuangkan kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan. Maka tidak hairanlah golongan ini mempunyai semangat patriotisme yang tinggi memandangkan mereka telah melalui jerih payah untuk memerdeka dan mempertahankan negara dari ancaman luar.

“Tetapi bagi generasi ketiga selepas merdeka, ekoran dari kesenangan yang dinikmati, mereka seperti gagal menghayati semangat tersebut. Ini sesuatu yang sebenarnya mencetuskan kebimbangan. Sebab itu kita lihat sekarang ini ramai golongan muda yang mudah terpengaruh dengan hasuan pembangkang sehinggakan boleh mengganggu gugat keamanan negara,” katanya selepas melepaskan Peserta konvoi Kembara Merdeka Jabatan Penerangan Sabah di Tenom baru-baru ini.

Majlis pelepasan tersebut disempurnakan oeh Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Radin Malleh dan turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Tenom Datuk Raimi Unggi.

Sehubungan dengan itu Jamawi berkata,, pelbagai langkah kerajaan bagi menanam semangat patriotisme di kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini terutama golongan muda adalah sesuatu yang wajar dilaksanakan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom menambah, selain daripada program yang sedia ada seperti pasukan beruniform, Rela dan sebagainya, pebagai agensi dan pertubuhan lain juga perlu menjalinkan kerjasama dengan kerajaan bagi mengisi program yang dilaksanakan selaras dengan matlamat untuk menanam semangat patriotisme di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Golongan muda merupakan aset negara yang berharga dalam mempertahankan kedaulatan negara dan kesedaran patriotisme di kalangan mereka begitu penting supaya benteng keamanan negara terus ampuh. Mereka ini adalah masa depan negara.

“Sekiranya mereka terleka dan terpengaruh dengan momokan pembangkang maka masa hadapan negara akan hancur dan anak generasi hadapan yang akan menerima natijahnya,” katanya.

Dalam pada itu Jamawi berkata, sempena sambutan bulan kemerdekaan ini, Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom tahun ini turut memainkan peranan bagi menyemai serta menyuntik semangat patriotisme di kalangan generasi muda di daerah itu melalui program Kembara Merdeka Ramadan yang digerakkan menjelajah ke seluruh kampung bagi menyampaikan masej keamanan serta kemajuan yang dicapai oleh negara sejak mula merdeka sehingga ke hari ini. – MediaUMNO






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]


PageRank Checker