Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

Banyak Perubahan Sudah Dilaksanakan, BN Tidak Harus Selesa, Terus Dampingi Rakyat

KUALA LUMPUR 17 Julai – Gerak kerja berterusan perlu dilakukan secara berterusan walaupun tarikh pilihan raya masih tidak diketahui oleh semua petugas Barisan Nasional (BN) tanpa mengira jawatan atau pangkat sama ada di peringkat cawangan, negeri dan pusat.

Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe berkata walaupun banyak perubahan telah dibuat dan dilaksanakan oleh BN sejak di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, namun gerak kerja untuk mengahadapi pilihan raya perlu dilakutan secara berterusan.

“Tanggungjawab itu adalah tanggungjawab bersama yang harus dipikul oleh semua, kita perlu bersama-sama Perdana Menteri dan Timbalannya, (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk memastikan kejayaan besar pada pilihan raya nanti.

“Semua peringkat perlu mendampingi rakyat dan membantu menyelesaikan masalah dihadapi oleh mereka bagi mengembalikan kepercayaan kepada BNl, mungkin dahulu ada perkara yang sedikit perkara yang tidak disenangi sehingga berlakunya tsunami politik pada pilihan raya 2008.

“Oleh itu, pada pilihan raya kali ini, saya berkeyakinan rakyat akan kembali kepada Barisan Nasional berdasarkan sambutan orang ramai terhadap program-program yang dianjurkan seperti Jelajah Janji Di Tepati,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menurutnya, Wanita Gerakan tidak ketinggalan turun padang untuk bertemu dengan pengundi bagi memberi penerangan terutama membabitkan isu-isu yang cuba disebarkan oleh pembangkang untuk memburuk-buruk kepimpinan Barisan Nasional.

Pelbagai program yang diatur untuk bertemu dengan rakyat sama ada di peringkat kerajaan dan parti di seluruh negara yang turut disertai oleh parti komponen yang lain.

“Tiada kira siapa yang bakal menjadi calon, apa yang penting adalah untuk menjamin kemenangan besar Barisan Nasional pada kali ini, semua orang harus bekerja sebagai satu pasukan tanpa mengira parti.

“Kita juga tidak harus selesa dengan perubahan sokongan rakyat yang kebelakangan ini, masih banyak yang perlu dilaksanakan sejajar dengan slogan Rakyat Didadahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Kita tidak harus membiarkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bersendirian untuk bersama rakyat seperti Program Turun Padang, kita semua perlu bersama-samanya untuk bertemu dengan rakyat pada setiap masa bukan apabila ada progranm sahaja,” katanya.

Tan berkata, perasaan selesa dan puas hati tidak dengan apa yang dilakukan harus diketepikan kerana tugas untuk bersama rakyat tiada penghujungnya dan perlu dilaksanakan secara berterusan. -MediaUMNO


Berita Bertarikh Pada 17 July 2012 6:01 PM