Kategori Rencana & Pendapat

Kerjasama Malaysia-China Bukan Sekadar Hubungan Diplomatik…

Hubungan dua hala antara kerajaan Malaysia dan China mempunyai sejarah yang panjang. Ia bukan sekadar hubungan politik dan diplomatik, tetapi boleh diibaratkan sebagai sebuah persaudaraan yang sudahpun mencecah usia lebih dari 700 tahun.

Berdasarkan Buku Dinasti Han tulisan Ban Gu (32-92), hubungan dua hala antara Malaysia dan China telah bermula sejak abad pertama wujudnya laluan laut antara China dengan India. Ketika ‘Duyuan’ , nama sebuah persinggahan, atau perlabuhan tempat di mana kapal dagangan China berhenti berehat sebelum meneruskan perjalanan tercatat dalam sejarah pelayaran negara China. Nama itu, sebenarnya merujuk kepada Pulau Duyung di Terengganu.

Manakala tercatat pula di dalam sebuah buku bertajuk Malaysian Historical tulisan , K.G.Tregonning dan The Encyclopedia Americana, mencatatkan bahawa ‘Duyuan’ atau Semenanjung Tanah Melayu merupakan tempat  persinggahan terbaik bagi kapal-kapal perdagangan China.

Selain itu, artifak-artifak seramik yang dikenal pasti datangnya dari dinasti Qin 221 sebelum Masehi dan Dinasti Han 206 SM-220 Masehi, dua dinasti terkenal yang menjadi kerajaan di China telahdi temui di Lembah Sungai Johor merupakan bukti jelas bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan China telahpun bermula di sekitar abad pertama.

Selain itu, sejarah kedatangan Zheng He atau Cheng Ho, atau nama Islamnya Maa San Pao ke Semenanjung Melaka pada abad ke-15, berlaku ketika zaman Dinasti Ming, yang memerintah China dari tahun1368-1643 merupakan satu lagi peristiwa besar yang tercatat dalam sejarah dalam perhubungan Malaysia dan China.

Cheng Ho adalah seorang Muslim yang menjadi orang kepercayaan Maharaja Yung Lo yang berkuasa antara tahun 1403-1424. Nama aslinya adalah Ma He, juga dikenal dengan sebutan Ma Sanbao, berasal dari daerah Yunnan. Zheng He, Ma He, Ma Sanbao atau Cheng Ho berasak dari suku Hui, suku bangsa yang secara fizikalnya mirip dengan suku Han, namun beragama Islam. Cheng Ho adalah seorang hamba Muslim yang menjadi orang kepercayaan Maharaja Yung Lo.

Dan tersebut pula di dalam catatan sejarah, di sekitar tahun 1411, Sultan Melaka, Sultan Muzaffar Syah bersama keluarga dan gerombolan pengiringnya yang terdiri daripada pegawai-pegawai Istana seramai 540, telah  melawat China di zaman Dinasti Ming. Di catatkan, baginda berada di China selama sebulan dan diberi jamuan besar-besaran.

Tersebut juga, dari tahun 1411 sehinggalah pada tahun 1433, seramai tiga orang raja Melaka telah secara berturut-turut berkunjung ke China lebih dari lima kali kunjungan. Setiap kunjungan dari raja Melaka diberi sambutan meriah di pihak raja Ming.

Tersebut juga, dari tahun 1411 sehinggalah pada tahun 1433, seramai tiga orang raja Melaka telah secara berturut-turut berkunjung ke China lebih dari lima kali kunjungan. Setiap kunjungan dari raja Melaka diberi sambutan meriah di pihak raja Ming.

Peristiwa pernikahan Sultan Mansor Shah , Sultan Melaka pada tahun 1459-1477M  telah membuka lembaran baru dalam sejarah perhubungan dua hala antara Melaka dan China. Kini, hubungan antara Melaka dan China bukan lagi bersandarkan kepada hubungan diplomatik semata-mata, tetapi hubungan dua hala ini telah bertukar menjadi hubungan kekeluargaan yang menambah eratkan lagi  kedua-dua buah empayar besar itu

Perigi Hang Li Poh atau juga dikenali sebagai Perigi Raja ini dibina pada tahun 1459 dan sehingga kini masih wujud di Melaka merupakan salah satu bukti yang menjadi bukti ikatan kekeluargaan yang pernah terjalin antara pemerintah Tanah Melayu dan pemerintah China.

Jadi jelas, berdasarkan catatan sejarah, hubungan dua hala antara Malaysia-China bukanlah sekadar hubungan politik, diplomatik atau kerjasama ekonomi semata-mata, tetapi lebih dari itu. Dan hari ini, hubungan antara Malaysia-China di era moden, terjalin dengan lebih kukuh bermula tahun 1974 sehingga kini.

Selepas lebih 400 tahun berada di bawah pentadbiran British, Tanah Melayu-Malaya berjaya mendapatkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Selepas Malaya ditadbir semula oleh bangsa Melayu, dibantu oleh kaum-kaum lain, maka hubungan diplomatik antara negara-negara lain, terutamanya China mula disusun satu persatu.

Dalam membina kembali hubungan persahabatan dua hala antara Malaysia –China, pada 1971 Malaysia menjadi satu-satunya negara yang mendesak agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar menerima China menyertai pertubuhan tersebut. PBB. Dalam perhimpungan agung PBB Oktober 1971, Malaysia menyokong pemulihan kerusi Republik Rakyat China di PBB. Malah, Malaysia juga merupakan  negara pertama di Asia Tenggara yang memulakan jalinan hubungan diplomatik dengan China.

Di era pemerintahan Tun Abdul Razak, pada bulan Mei 1971,  Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu menjadi pengerusi PERNAS telah mengetuai rombongan delegasi perdagangan Malaysia untuk menyertai Ekspo Perdagangan Guangzhou. Ketika itu, Perdana Menteri China, Zhou Enlai dan Naib Perdana Menteri, Li Xiannian telah mengadakan pertemuan dengan ahli rombongan Malaysia .

Kemudian, kunjungan balas Republik Rakyat China dengan mengutus rombongan pertama ke Malaysia pada bulan Ogos – 27 Ogos 1971 adalah sebagai satu tanda kerajaan China telah mengubah pendirian lamanya dan mengiktiraf kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Tarikh 28 Mei – 2 Jun 1974, membuka satu lagi lembaran baru dalam hubungan dua hala Malaysia –China menjelang abad ke 21. Ketika itu, rombongan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak  telah  berkunjung ke Beijing disambut oleh Zhou Enlai.

Dalam kunjungan tersebut,  Mao Zedong juga mengadakan pertemuan dengan Tun Abdul Razak. Seterusnya kunjungan bersejarah itu menyaksikan satu perjanjian secara rasminya hubungan dua hala antara Malaysia dan China apabila Zhou Enlai dan Tun Abdul Razak, telah menandatangani Pengumuman Bersama Penjalinan Hubungan Diplomatik China-Malaysia pada 31 Mei 1974, yang membuktikan komitmen kedua buah negara dalam menjalinkan semula hubungan erat yang telah terjalin sejak ratusan tahun dahulu.

Sejak itu, pemimpin Malaysia dan China saling berbalas kunjungan. Antara Pemimpin China yang pernah melawat Malaysia  ialah Deng Xiou Ping,  Jiang Zemin, Li Peng, Zu Rongji dan Hua Jintao.  Manakala kesemua  Perdana Menteri Malaysia seperti Tun Hussein Onn, Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi pernah melawat negara China. Malah, Tun Dr Mahathir  sendiri  pernah melawat China sebanyak tujuh kali ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kini, di era pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak, hubungan dua hala antara Malaysia dan China terus diperkukuhkan. Malaysia merupakan antara 10 negara yang menjadi pelabur terbesar di China pada tahun 2008.

Hari ini, China  merupakan rakan perdagangan keempat terbesar Malaysia dan pasaran eksport keempat terbesar. Kebanyakan import Malaysia adalah dari China. China juga merupakan destinasi penting bagi pelaburan Malaysia. Tahun 2008, Malaysia merupakan pelabur asing ke-19 terbesar di China.

Datuk Seri Najib Tun Razak pernah melawat China sebanyak dua kali ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pada 3 Jun 2009, rombongan Perdana Menteri Malaysia itu bertemu dengan Presiden China Hua Jintao danPerdana Menteri China Wen Jiaboa.

Beliau juga turut diijazahkan sebagai Doktor Kehormat Hubungan Antarabangsa daripada Beijing Foreign Studies University (BFSU) sebagai lambang keakraban hubungan atau persahabatan antara Malaysia dan China.

Pada bulan Mac 2012, Malaysia melakar satu lagi sejarah penting dalam hubungan dua hala dengan China apabila diberi kepercayaan untuk bekerjasama bagi merealisasikan Taman Perindustrian Qinzhou (QIP) China-Malaysia di Guangxi Nanning.

Pada bulan April 2012, satu lagi kerjasama dalam bidang ekonomi antara Malaysia-China telah dipersetujui untuk membangunkan taman perindustrian seluas 606 hektar di Gebeng, Kuantan secara usaha sama dengan kerajaan dan syarikat di Malaysia.

Manakala pada bulan Mei 2012, Pihak pengurusan bandar Shaoxing, China telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan negeri Melaka yang bertujuan untuk menjalin kerjasama lebih erat dalam bidang ekonomi dan pertukaran teknologi.

Dan pada bulan Jun 2012 baru-baru ini, Malaysia-China telah menandatangan perjanjian bersama pemeliharaan dua ekor binatang Panda yang dipinjamkan oleh kerajaan China kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun, sebagai satu simbolik dalam menghargai perhubungan dua hala antara negara ini dan China yang telah terjalin sejak sekian lama. -MediaUMNO






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]


PageRank Checker