Laungan Negara Kebajikan memang sedap didengar… Lebih lunak lagi bila dikatakan Negara Kebajikan ini adalah untuk rakyat. Rakyat tertunggu-tunggu apa yang mereka dapat, apa kebajikan yang diberi. Apakah sekadar berjanji itu maksudnya satu kebajikan kepada rakyat.
Sudah bertahun rakyat menunggu dan menanti bentuk kebajikan yang bagaimana diperjuangkan kepada rakyat oleh pakatan yang meminjam nama rakyat? Rakyat kini umpama kanak-kanak yang menunggu Santa Claus yang menjanjikan pelbagai hadiah.
Malangnya apa yang rakyat dapat dengan janji Negara Kebajikan oleh pakatan pembangkang?… Sampah? Rumah Urut? Pusat Hiburan? Gigitan Nyamuk Aedes?
Berbanding dengan kerajaan Barisan Nasional ( BN ), BN tidak terpekik mengatakan ini Negara Kebajikan tapi rakyat dapat juga wang persekolahan anak-anak, BR1M, Kedai KR1M, Klinik 1Malaysia, pelajar dapat baucer buku, peneroka dapat durian runtuh, kakitangan kerajaan dapat kenaikan gaji dan macam-macam lagi tapi apa rakyat dapat dari pakatan pembangkang…. hanya janji-janji yang diperbaharui dari masa ke semasa.
Hakikatnya rakyat sudah muak mendengar janji, Pakatan Pembangkang perlu laksana janji. Ingat janji tidak boleh beri rakyat apa-apa walaupun nak beli sebiji gula-gula. Janji hanya harapan dan kalau janji tidak ditepati ia akan jadi sekadar pembohongan.
Miss V PJ