Kategori Hari UMNO 66

Amy Search Dan Faizal Tahir Meriahkan Hari Kedua Karnival Ulang Tahun UMNO

KUALA LUMPUR 12 MEI – Lagenda rock tanah air, Amy Search menarik tumpuan pengunjung pada hari kedua karnival sempena ulang tahun UMNO ke-66 di Stadium Bukit Jalil malam tadi bersama beberapa artis lain.

Tampil dengan baju merah, beliau menyanyikan beberapa lagu termasuklah lagu Isabella yang cukup popular pada satu ketika dahulu.

Selain Amy, konsert yang dihoskan oleh Adflin Shauki dan Harun Salim Bachik daripada kumpulan Boboi turut menampilkan Faizal Tahir yang ternyata menghiburkan penonton selain beberapa persembahan nyayian daripada artis seperti kumpulan Wakaka, Reshmanu, Mizznina dan lain-lain lagi.

Selain konsert berkenaan, karnival sempena hari ulang tahun UMNO itu yang terbuka kepada orang ramai turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma daripada Puteri UMNO,gerai jualan daripada pelbagai syarikat termasuklah pameran dan pandu uji kenderaan baru daripada syarikat permotoran dan kegiatan sukan serta macam-macam lagi.

Pengunjung yang datang juga turut disediakan dengan pesta kerjaya oleh Pemuda BN yang menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang ingin mendapatkan pelbagai maklumat dan bidang kerjaya yang boleh diceburi.

Menariknya juga pada hari kedua karnival itu, Wanita UMNO pula tampil bersama-sama dengan orang ramai untuk menyambut Hari Ibu yang turut diserikan dengan kehadiran Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ahad merupakan hari terakhir karnival dan orang ramai diharap tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi karnival sempena ulangtahun UMNO ke-66 itu dengan pelbagai acara menarik disediakan untuk semua peringkat umur.




Berita Bertarikh 13 May 2012 9:44 am






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+

PageRank Checker