Kategori Berita Pilihan Presiden UMNO

Kenyataan Anwar Bukti Kerelaannya Serah Kuasa Dominan Kepada DAP – PM

PUTRAJAYA, 4 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah membuat pengakuan terbuka bahawa Ketua Pembangkang itu rela menyerahkan kuasa dominan kepada DAP.

Beliau menyifatkan kenyataan terbuka Anwar bahawa beliau sedia terima nasihat dan pandangan daripada penasihat DAP, Lim Kit Siang umpama ‘sudah terang lagi bersuluh.’

“Nampaknya dia (Anwar) dah buat satu pengakuan terbuka yang mana itulah merupakan pandangan banyak pihak masa kini tentang peranannya…jadi maknanya dalam apa juga gabungan, mereka nampak kuasa dominan ialah DAP.

“Ini pengakuan dibuat secara terbuka tiada satu yang disyaki selama ini nampaknya orang kata sudah ‘terang lagi bersuluh’, nampaknya sudah satu kenyataan bahawa dia (Anwar) rela menyerahkan kuasa dominan kepada DAP,” katanya pada sidang media di sini, Khamis

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang menyatakan Anwar rela menjadi kuda tunganggan DAP jika tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Anwar dipetik berkata demikian pada ceramah sempena konvensyen Pakatan Pembangkang Perak, kelmarin






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]


PageRank Checker