Kategori EksklusifHujah Ketua Penerangan

10 Sebab Kenapa Rakyat Wajib Tolak Anwar Pada PRU 13

KUALA LUMPUR, 24 April – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata rakyat ada 10 sebab kenapa mesti tolak pembangkang terutama ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihanraya umum akan datang.

Ini tegasnya kerana pakatan pembangkang telah pun mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya menguasai Putrajaya nanti

Beliau berkata antara 10 sebab kenapa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri ialah pertama kerana  Anwar telah memberi sokongan kepada gerakan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender).

Kedua kata beliau Anwar juga turut memberi sokongan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

“Ketiga sudah pasti rakyat tidak akan lupa pembohongan 16 September di mana kononnya dia dakwa bakal tubuh kerajaan baru gantikan kerajaan BN.

“Keempat Buku Jingga yang terkandung janji-janji bulan bintang tidak dilaksanakan di empat negeri penguasaan pakatan pembangkang.  Kelima amalan politik populis semberono yang meraih populariti tanpa fikir kemampuan negara”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Sambung beliau lagi sebab keenam adalah kegagalan Anwar menunjukkan kabinet bayangan.

“Manakala ketujuh adalah sebab dokongan fahaman pluralisme yang mengatakan semua agama sama. Kelapan dia dan pakatan pembangkang mendapat dana dan bantuan pihak asing.

“Kesembilan dan kesepuluh adalah kes liwat yang belum selesai di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan serta skandal video seks yang tulen beliau di dalamnya”, ujar Ahmad Maslan lagi.

Justeru beliau percaya 10 sebab itu akan menjadi asas kukuh untuk rakyat membuat pilihan bijak menolak pembangkang sekaligus meranapkan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada pilihanraya umum akan datang. -MediaUMNO



Berita Bertarikh 24 April 2012 7:13 pm






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+

PageRank Checker