Kategori Berita Lain

Shahrizat Kekal Ketua Wanita Bukti Perpaduan Dalam UMNO – Shafie

KOTA KINABALU, 24 Mac- Keputusan mengekalkan Datuk SeriShahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno tidak akan memberi
ruang kepada pembangkang untuk mengeksploitasikan perpaduan anggota dalam UMNO, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Katanya keputusan itu merupakan langkah yang baik dalam membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Ini satu petanda yang baik dari segi jentera kita di peringkat akar umbi kerana wanita merupakan nadi kita dalam perjuangan memenangkan Barisan
Nasional,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian bayaran khas kepada bekas kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas)
cawangan Sabah di sini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang juga Pengerusi Umno Negeri,juga berkata keputusan itu baik dan bijak bagi memastikan Wanita Umno terus
bersatu padu dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno, mengumumkan Shahrizat dikekalkan sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno
kerana Shahrizat dipilih oleh anggota-anggota pergerakan itu sebagai ketua.


Berita Bertarikh Pada 24 March 2012 8:19 PM