Kategori Berita Lain Hujah Ketua Penerangan

Pengorbanan Shahrizat Demi Mendahulukan Parti – Ahmad Maslan

Alor Gajah, 11 Mac- Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mendahulukan kepentingan pandangan umum daripada kepentingan jawatan rasmi beliau sebagai Menteri.

Walau kes NFC masih disiasat, namun tentu dia mahu persepsi rakyat diperbetulkan dalam isu berkaitan.

“Ini adalah suatu pengorbanan yang wajar dihargai oleh semua pihak.

Beliau masih tetap diperlukan khidmatnya sebagai Ketua Wanita UMNO dan Pengerusi Wanita BN kerana ramai akui kegigihan dan usaha beliau memimpin wanita sejak memegang jawatan itu,” ujarnya mengulas tentang perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat sebagai Menteri selepas selesai Program Penerangan Jalinan Rakyat Wanita BN di Alor Gajah.

Tambahnya, jawatan Menteri juga adalah hak lantikan Perdana Menteri termasuk untuk sambungan penggal sebagai Senator. Oleh itu terserah kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan tentang jawatan Kabinet itu..

“Pembangkang juga tidak wajar membuat kesimpulan yang mengelirukan dengan perletakan jawatan itu seperti menuduh ianya sebagai tanda Shahrizat bersalah.

Kes suami beliau belum dibawa ke mana-mana mahkamah lagi, kita ada prosedur perundangan dan seseorang itu adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah,” tambahnya.

Namun, Shahrizat tentunya telah mengkaji kesan tindakan beliau meletakkan jawatan bagi memudahkan penyiasatan seterusnya dilakukan.

SPRM yang telah membuat penyiasatan wajar segera umumkan samada wujud atau tidak penglibatan yang melanggari mana-mana peraturan.

“Jika Shahrizat didapati tidak bersalah, pengumuman mengenainya wajar dibuat segera bagi jernihkan suasana,” ujarnya.


Berita Bertarikh Pada 11 March 2012 7:08 PM






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]


PageRank Checker