Kategori Dari Bahagian

UMNO Bakri Jadikan Najib, Muhyiddin Model Dekati Rakyat

KUALA LUMPUR 8 Mac –  Pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  serta Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turun padang bertemu rakyat dijadikan kunci utama UMNO dan Barisan Nasional (BN) Bakri dalam usaha memastikan parti mendapat tempat dihati rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Saiful Bahri Suib berkata dengan menggunakan pendekatan tersebut, mereka membawa produk BN ke seluruh kawasan dan ceruk kampung bagi mencapai visi dan misi parti.

Menurut beliau dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta satu parlimen yang dimenangi pembangkang apda pilihan raya umum lalu dijadikan kawasan utama tumpuan mereka agar apda pilihan raya kali ini BN dapat menebus kembali kawasan tersebut.

“Kita bukannya bongkak tetapi atas visi dan misi kami untuk merampas kawasan berkenaan, kita menjadikan apa yang telah dilakukan oleh Presiden dan Timbalan Presiden parti sebagai sandaran utama kita.

“Saban hari dan saban minggu kita mengadakan perjumpaan bersama dengan rakyat termasuk NGO dari semua bangsa dan agama kerana apa yang ingin kita tonjolkan adalah BN ini prihatin kepada semua.

“Alhamdulillah…nampaknya pendekatan turun padang ini telah menampakkan hasil dan insyaallah BN Bakri akan bergerak dalam satu pasukan bersama dengan seluruh parti komponen dalam usaha  merampas tiga kawasan tersebut, “ katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menambah semua pihak janganlah sesekali mempromosikan diri sebaliknya mempromosikan produk yang dibawa iaitu BN dalam usaha memstikan produk tersebut diterima oleh rakyat pada pilihan raya umum nanti.

“Peringatan ini untuk saya juga kerana bagi saya apa yang penting adalah produk dan kita perlu menyerahkan kepada Allah s.w.t. Soal calon dan sebagainya kita serah kepada Allah. Insyaallah jika ini yang menjadi pegangan semua parti akan selamat dan berkat seterusnya diterima dengan baik oleh rakyat,“ katanya.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu jentera Bakri telah berada pada tahap yang terbaik selaras dengan apa yang digesa oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan semalam.

“Bakri telah lama bersedia dan hanya menunggu masa untuk melaksanakan gerakan yang lebih bersepadu demi membantu kemenangan BN pada pilihan raya umum nanti.Insyaallah apabila gendang dipalu, kita pun akan buka gelanggang,“ katanya. -MediaUMNO


Berita Bertarikh Pada 8 March 2012 6:48 PM