Kategori Anwar Sesumpah Hujah Ketua Penerangan Utama

Isu Sokong Israel : Nik Aziz, Anwar Diingatkan Jangan Lari Ikut Pintu Belakang

KUALA LUMPUR, 21 Feb –  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mengingatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar tidak lari ikut pintu belakang dalam isu menyokong keselamatan Israel.

Tegasnya  Nik Aziz sebenarnya tidak ada ‘legitimacy’ untuk terima penjelasan Anwar secara peribadi kerana umum tahu bahawa Nik Aziz adalah rakan kongsi politik Anwar Ibrahim.

Jelas beliau lagi sebelum ini pun terbukti Nik Aziz sentiasa memihak kepada Anwar dalam kes liwat dan video seks.

“Pendirian dan prinsip Nik Aziz tidak ada kredibiliti sebab beliau ulamak politik.
Kita semua mendesak Anwar Ibrahim memberi penjelasan kepada Majlis Syura Pas jika berani.

“Penjelasan kepada Nik Aziz seorang diibaratkan sebagai suatu adegan lakonan politik sahaja. Jika takut nak berdepan dengan Majlis Syura Pas maka tak perlulah heboh-heboh nak berdebat dengan PM. Lagipun Anwar bukan presiden mana mana parti, cuma jawatan dilantik isteri”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Pada masa yang sama beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Anwar juga tidak menghormati Majlis Syura Ulamak yang telah membuat keputusan agar beliau menyaman Wall Street Journal (WSJ) atau tarik balik kenyataan tentang sokongan terhadap segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel.

“Beliau (Anwar) anggap hanya Nik Aziz yg penting dan ahli-ahli Majlis Syura itu tidak penting. Beliau juga anggap perasaan umat Islam itu tidak penting, hanya muslihat politiknya sahaja yang  penting.

“Tunggulah hukuman dari rakyat terhadap seorang yang bersifat demikian bila PRU nanti”, ujarnya.

Dalam pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini Ketua Pembangkang itu menegaskan tidak akan menyaman WSJ  berhubung laporan mengenai sokongannya terhadap Israel yang disiarkan akhbar itu bulan lepas.

Sebaliknya kata Anwar laporan yang dikeluarkan WSJ adalah tepat seperti mana yang beliau maksudkan.

Sebelum ini Majlis Syura Ulama Pas menegaskan supaya Anwar menarik balik kenyataan beliau mengenai Israel itu atau menyaman WSJ jika akhbar itu tidak tepat melaporkan kenyataannya. -MediaUMNO



Berita Bertarikh 21 February 2012 6:23 pm






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]
Google+

PageRank Checker